Harian Metro

ALbum debut nama sendiri

- Ardini Sophia Sina hellinie@hmetro.com.my

Membina kerjaya solo di pentas seni suara bukan perkara mudah buat penyanyi Camila Cabello yang semakin terkenal menerusi lagu Havana.

Menyanyi seorang diri tanpa ditemani anggota kumpulan Fifth Harmony memberikan aura berbeza buat wanita itu. Bagaimanap­un, kejayaan lagu Havana memberikan keyakinan baru buat Camila.

Bakal melancarka­n album debut berjudul Camila pada 12 Januari ini, dia menyifatka­n buah tangan itu menggambar­kan kebangkita­nnya melawan rasa kecewa.

“Saya turut mengubah judul album ini dengan menggunaka­n nama sendiri kerana ia menggambar­kan kekuatan yang saya peroleh selepas bangkit daripada kekecewaan.

“Dalam temu bual sebelum ini, saya banyak berkongsi mengenai kesedihan yang pernah dialami. Tidak mudah untuk saya melupakan apa yang sudah berlaku.

“Saya tidak mahu beri ‘kuasa’ kepada orang lain untuk mengawal pembikinan album ini. Saya ada hak menentukan hala tujunya kerana ia menggambar­kan kehidupan saya,” katanya.

Sebelum ini, Camila berhasrat menamakan album itu sebagai The Hurting. The Healing. The Loving. Bagaimanap­un dia merasakan tajuk itu terlalu kompleks untuk buah tangan sulungnya.

Camila juga mendedahka­n antara lagu yang dimuatkan dalam album itu nanti adalah Never Be The Same, Real Friends, Crying in the Club, OMG dan Havana.

“Ini adalah album solo pertama saya selepas meninggalk­an kumpulan Fifth Harmony. Lagulagu yang saya nyanyikan semuanya berkaitan orang lain kemudian perlahanla­han beralih kepada kisah sendiri,” katanya.

Dalam keterujaan menantikan kelahiran album sulungnya, Camila berkongsi video paparan koleksi gambar sejak kecil sehingga dewasa dengan berlatarka­n lagu Never Be The Same.

Menerusi laman sosial Twitter, dia menzahirka­n rasa gembira dan terima kasih kepada peminat kerana sentiasa menyokong serta memberikan katakata semangat untuk muncul dengan album solo.

“Saya sangat bertuah kerana mempunyai peminat yang tidak jemu menyokong kembara seni saya sejak bersama Fifth Harmony sehinggala­h bergerak sendiri.

“Ketika pembikinan album ini, saya mengalami gangguan emosi yang sangat teruk. Bagaimanap­un, ia menyedarka­n saya bahawa kesedihan bukanlah satu kesalahan.

“Bersedih, meratap mahu pun patah hati adalah sebahagian daripada kehidupan.

Begitu juga dengan jatuh cinta. Apa saja emosi yang kita rasai penting untuk menjadikan kita terus kuat,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia