Harian Metro

Gaun penuh abstrak

- Rudy Imran Shamsudin imran@hmetro.com.my

Kita selalu lihat potongan gaun cantik berasaskan fabrik lembut dan rona sekata bagi menyerlahk­an keayuan si pemakai.

Jarang sekali pereka fesyen tempatan dan dunia menampilka­n sesuatu yang unik pada gaun kerana bimbang ia membuatkan si pemakai kelihatan aneh atau tidak kena gaya.

Begitupun, bagi mereka yang bergelar selebriti, tampil dengan busana yang unik dengan potongan dan corak abstrak memberikan kelebihan sekiranya mahu mencuri perhatian umum.

Tampil berbeza membuatkan kehadiran mereka pada acara karpet merah jauh lebih menonjol berbanding selebriti lain. Dan, biasanya dengan busana tersarung kemas di tubuh, tidak perlu aksesori yang boleh mencacatka­n penampilan kerana gaun itu sendiri sudah sarat.

Bintang popular, Karen Mok memilih gaun daripada kain organza sutera jarang dipenuhi cetakan abstrak sewaktu menghadiri majlis Mnet Asian Music Awards, baru-baru ini dan ia membuatkan penampilan­nya tampak seksi dan manja.

Model dan pelakon kian popular, Ruby Rose pula menggayaka­n gaun dengan corak abstrak dua rona menyerlahk­an sisi maskulin sewaktu menghadiri majlis tayangan perdana filem Pitch Perfect 3.

Pemenang Oscar,

Cate Blanchett memilih untuk menggayaka­n gaun daripada fabrik yang dianyam pelbagai warna dan corak sewaktu menghadiri Festival Filem Dubai, membuatkan busana digayakan itu sangat unik dan tersendiri.

Gaun dengan corak jalur yang disarung aktres Jessica Chastain sedikitpun tidak mengubah keayuan wajah dan penampilan­nya.

Ibarat riben besar meliputi seluruh tubuh, gaun yang dipilih Rita Ora sewaktu menghadiri acara Met Museum Costume Institute Benefit Gala menyerlahk­an gayanya. Ditambah pula dengan dandanan rambut perang ala 50-an langsung menampakka­n keunikan si pemakai.

 ??  ?? RUBY Rose
RUBY Rose
 ??  ?? JESSICA Chastain
JESSICA Chastain
 ??  ?? KAREN Mok
KAREN Mok
 ??  ?? RITA Ora
RITA Ora
 ??  ?? CATE Blanchett
CATE Blanchett

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia