Harian Metro

‘Berbaloi RM300,000 di tengah bandar’

-

Kuala Lumpur: “Akhirnya impian kami sekeluarga duduk rumah sendiri tercapai tahun ini selepas enam tahun hidup menyewa,” kata K Yathika, yang menerima kunci Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutua­n (RUMAWIP) Residensi Sentulmas.

Menurut Yathika, sebelum ini mereka sekeluarga menyewa di Shah Alam, Selangor dengan kadar RM1,500 sebulan.

“Kami hidup menyewa sejak mula berkahwin sampai ada anak dua sekarang. Jadi bila dapat rumah ini saya rasa sangat puas hati sebab bayar bulan-bulan untuk rumah sendiri.

“Suami juga lebih mudah berulang alik kerana tempat kerja berdekatan dengan rumah ini,” katanya selepas menerima replika kunci di Residensi Sentulmas, semalam.

Menurutnya, mereka sekeluarga akan berpindah ke kediaman baru yang dimohon pada 2016 itu selepas melakukan sedikit pengubahsu­aian.

Sementara itu, Hazirah Syazwani Hashim, 33, berkata, dia sangat teruja kerana kediaman itu dapat diduduki lebih awal dari tarikh dijanjikan pemaju pada 2019.

“Saya tidak sabar duduk rumah sendiri sebelum ini menetap di rumah ibu bapa di Bukit Antarabang­sa. “Rasa amat berbaloi dengan hanya RM300,000 saya dapat rumah di tengah bandar dan dikeliling­i banyak kemudahan seperti transit aliran ringan (LRT) sekali gus memudahkan saya ulang-alik ke tempat kerja selepas ini.

“Kalau hendak beli rumah lain yang kedudukann­ya strategik macam ini, saya rasa mungkin tak mampulah,” katanya.

 ??  ?? YATHIKA
HAZIRAH
YATHIKA HAZIRAH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia