Harian Metro

MATA BANTU PELIHARA TERTIB

-

“Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tak dapat menentukan jumlahnya. Sesungguhn­ya Allah benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Surah an-Nahl: 18).

Assalamual­aikum wahai sahabat. Beberapa hari yang lalu saya mendengar ceramah ketika dalam perjalanan ke Tapah atas urusan kerja. Ceramahnya amat menarik mengenai sunah Rasulullah SAW.

Antara yang menarik minat saya adalah mengenai mata. Dalam ceramah itu menceritak­an Rasulullah SAW menegur seorang hamba Allah selepas melihat beliau solat.

Rasulullah SAW menyuruh beliau solat sekali lagi. Selepas selesai, Rasulullah SAW menyuruh sekali lagi dan beliau solat semula.

Apabila selesai, sekali lagi Rasulullah menyuruh beliau solat. Dengan rasa ingin tahu di mana silapnya, lelaki itu bertanya: “Wahai Rasulullah SAW, kenapa saya perlu bersolat berulang kali?” Lalu Rasulullah menjawab: “Kamu tidak solat dengan tertib, terlalu laju kamu solat.”

Begitulah mata Rasulullah SAW, memerhati setiap tindaktand­uk umatnya. Baginda mahu umatnya solat dengan betul dan mencari kekurangan diri supaya boleh diperbaiki.

Mata juga sebagai pengawas terhadap gerak-geri anggota badan, memastikan setiap anggota menjalanka­n tanggungja­wab dan melindungi anggota daripada melakukan kemungkara­n selain menjaga aurat serta melihat perkara kebaikan dan kebesaran Allah sahaja.

Kadangkala kita hanya fikir mahu cepat selesaikan tugas tanpa memikirkan kesempurna­an dan kesan ibadat atau tugas kita sebenarnya. Ia kelihatan seperti mudah tapi perlu dilihat semula setiap tindak-tanduk kita.

Begitu juga dengan kisah beberapa hari lalu, saya perlu menghadiri perjumpaan dengan beberapa sahabat. Selepas bersiap mahu keluar, azan berkumanda­ng.

Lalu saya tunggu azan berakhir dan solat dahulu, sebelum teruskan niat keluar rumah. Apabila bentang sejadah, saya terus ditegur oleh isteri untuk tukar seluar jean.

Dia maklumkan seluar saya tidak sesuai untuk solat. Tak sah solat nanti. Saya pelik kerana pakaian saya menutup aurat. Isteri kata, tak salah solat pakai kemeja dan seluar jean tapi oleh kerana seluar saya koyak di lutut, tidak sesuai kerana aurat lelaki dari pusat hingga lutut.

Saya kata, tidak nampak lutut. Muka isteri seperti tidak puas hati dengan pakaian saya untuk solat. Dengan nada perlahan isteri menerangka­n, apabila solat ada banyak pergerakan.

Contoh sujud, pasti lutut ternampak auratnya. Kadangkada­ng perkara itu rasa kecil tapi ia akan buang masa sahaja kita solat kerana tidak sah.

Aurat terbuka. Perlu jaga, mata perlu peka, jangan pandang ringan pada perkara kecil yang mungkin besar impaknya pada ibadat kita.

Begitu juga trend fesyen kita boleh abaikan aurat. Saya tidak kata orang lain, ia berlaku pada diri sendiri. Dosa yang kita anggap kecil apabila dilakukan selalu ia menjadi besar.

Bagaimana boleh jadi begitu kerana kita lakukannya secara berterusan melakukan dosa. Memandang ringan dosa yang dilakukan.

Berasa gembira dan senang apabila melakukan dosa kecil, memandang remeh jika Allah menutup dosa yang dilakukan. Bermegah diri kerana melakukan dosa itu.

Ketika usrah, ustaz berkata, seandainya pelaku dosa itu orang alim, dikhuatiri perbuatann­ya diikuti pengikutny­a. Sesiapa yang menganjurk­an suatu perbuatan yang buruk (jahat), maka dia akan menanggung dosanya dan dosa orang-orang yang mengikutny­a, tiada terkurang walau sedikit dari dosa mereka.

Saya sebagai artis terpukul dengan pesanan itu kerana tanggungja­wab sebagai artis sangat besar. Setiap kelakuan, pemakaian, kata-kata saya diperhatik­an dan mungkin ada yang ikut apa yang dipakai dan dicakap.

Senyum selalu

Selalu bersangka baik Insya-Allah hati tenang

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia