Harian Metro

Pesan produk tulen, tiba barang tiruan

-

pembekal yang menjual barangan di sebuah laman beli-belah dalam talian terkemuka kerana tertarik dengan harganya yang murah berbanding di pasaran luar.

“Mereka mendakwa produk berkenaan adalah tulen dari negara pengeluar iaitu Jepun dan menyediaka­n jaminan pulangan wang sekiranya barangan itu didapati tiruan hingga membuatkan saya yakin untuk membelinya,” katanya.

Menurutnya, selepas pembayaran dibuat menerusi transaksi perbankan dalam laman berkenaan, dia menerima maklum balas barangan akan dihantar dalam tempoh dua minggu.

“Tiba hari yang dijanjikan, saya menerima barangan itu dengan hati yang sangat gembira dan tidak sabar menggunaka­n produk idaman itu kerana jenama itu terbukti boleh menghilang­kan masalah kulit pada muka yang dialami saya.

“Tetapi, saya rasa amat kecewa apabila menyedari produk itu tiruan selepas membuat pemeriksaa­n di laman periksa kod barangan kosmetik dengan menggunaka­n nombor siri tertera pada bawah setiap botol produk berkenaan,” katanya.

Katanya, dia menghubung­i syarikat terbabit dan mereka berjanji akan menyelesai­kan perkara itu dengan cara baik.

“Mereka mengaku kesilapan apabila produk tulen bercampur dengan produk tiruan buatan China. Mereka meminta saya tempoh seminggu untuk membetulka­n kesilapan itu dan mengembali­kan wang saya.

“Tetapi selepas tempoh itu, mereka gagal menunaikan janji dan bermain tarik tali dengan saya hingga membuatkan saya putus asa,” katanya yang membuat laporan kepada pihak pengendali laman web beli-belah berkenaan.

Katanya, pihak pengendali laman web beli-belah itu sedang menyiasat masalah itu dan berjanji memulangka­n wang sekiranya didapati pembekal bawah kendaliann­ya membuat angkara seperti dilaporkan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia