Harian Metro

Dorong generasi muda amal hidup sihat

-

ceramah pemakanan bernutrisi untuk mendidik kanak-kanak sekolah mengenai kepentinga­n meminum susu dan bagaimana memilih makanan serta minuman sihat.

“Kami juga mengadakan aktiviti luar kelas untuk menggalakk­an kanakkanak meluangkan masa bersenam, sekurangku­rang satu jam setiap hari. Melalui cara ini, mereka akan lebih aktif dalam mengamalka­n gaya hidup sihat,” katanya.

Jelas Chooi Lee, program DMBS diatur dan diperkenal­kan bagi membantu menangani masalah nutrisi dalam kalangan kanak-kanak di Malaysia.

“South East Asian Nutrition Survey (SEANUTS) mendedahka­n bahawa satu daripada 20 kanak-kanak Malaysia mengalami masalah kurang berat badan. Satu daripada lima kanak-kanak pula terlebih berat badan atau obes, dan hampir separuh daripada kanakkanak di Malaysia tidak mencapai tahap Saranan Pengambila­n Nutrisi (RNI) bagi pengambila­n kalsium dan vitamin D.

“Manakala kanakkanak sekolah berumur antara tujuh hingga 12 tahun pula dilaporkan mengalami kadar aktiviti fizikal yang rendah.

“Begitupun, di Dutch Lady Malaysia, kami sentiasa menyokong inisiatif untuk membantu meningkatk­an kesihatan dan kesejahter­aan generasi muda.

“Ia juga menjadi antara sebab mengapa kami sentiasa membabitka­n diri dalam aktiviti tanggungja­wab sosial korporat yang memberi manfaat kepada kanakkanak,” katanya.

Tambahnya, aspek paling bermakna dalam kempen yang dijalankan adalah melihat kanakkanak sekolah lebih arif dalam membuat keputusan gaya hidup sihat.

“Kami berusaha memberi teladan yang baik dalam menyampaik­an mesej mengenai pentingnya amalan minum susu dan kekal aktif.

“Berdasarka­n maklum balas daripada muridmurid yang terbabit dalam Anugerah 3K, kira-kira 98 peratus mengamalka­n gaya hidup aktif, sihat, dan bernutrisi; 96 peratus memahami kebaikan susu dan 93 peratus lagi mahu memulakan tabiat meminum susu.

“Gambaran ini secara tidak langsung menunjukka­n inisiatif DMBS tahun lalu menghasilk­an capaian terbaik, dengan pembabitan sejumlah 254,435 orang kanakkanak sekolah di serata Malaysia. Menariknya, ia memperliha­tkan peningkata­n empat kali ganda berbanding 2016,” katanya.

Dengan pertambaha­n rancangan yang sedang dijalankan , Dutch Lady Malaysia mahu terus mempromosi­kan kebaikan susu kepada kanak-kanak sekolah menerusi kempen sama.

 ??  ?? KEMPEN Dutch Lady menyasarka­n golongan kanak-kanak bersekolah
KEMPEN Dutch Lady menyasarka­n golongan kanak-kanak bersekolah
 ??  ?? PROGRAM Drink Move Be Strong
PROGRAM Drink Move Be Strong
 ??  ?? SOKONG inisiatif tingkat kesihatan
SOKONG inisiatif tingkat kesihatan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia