Harian Metro

RASA unik ayam panggang lada hitam

-

Ceriakan musim perayaan ini dengan rasa unik ayam panggang Stuffed Roaster dari kedai

Ayamas. Dijual hanya RM25 sempena sambutan Krismas, hidangan ini menampilka­n ayam panggang lada hitam lazat, bersama campuran kentang, lobak merah, serbuk roti, biji bunga matahari, bawang putih, daun saderi, cendawan shiitake dan herba, menghasilk­an rasa unik yang pasti menambat selera.

Ketua Pegawai Operasi KARA Holdings Sdn Bhd, Rafiq Moosa berkata, pihaknya yakin hidangan baru itu akan menjadi pilihan setiap keluarga yang mahu menikmati juadah enak di musim perayaan dan cuti sekolah.

“Ayam panggang

Stuffed Roaster boleh didapati dalam dua gabungan nilai hebat. Meal for Four menghidang­kan seekor ayam panggang dengan kuah, empat mangkuk sup cendawan, empat minuman ringan, dua salad jagung, kentang goreng rangup dan coleslaw yang boleh digantikan dengan nasi ayam. Kesemuanya hanya RM46.90.

“Manakala

Meal for Two pula menghidang­kan setengah bahagian ayam dengan kuah, dua mangkuk sup cendawan, dua minuman ringan, satu salad jagung, kentang goreng rangup dan coleslaw yang boleh digantikan dengan nasi ayam. Semua ini hanya RM28.90,” katanya.

Stuffed Roaster boleh didapati di semua kedai Ayamas, restoran Rasamas, Ayamas Roaster Express dan Deli Ayamas, sementara stok masih ada.

Begitupun, hidangan Meal for Four dan Meal for Two boleh didapati di restoran Rasamas dan Ayamas Roaster Express sahaja.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia