Harian Metro

RAHSIA SEMANGAT KERJA

- Redzuan Muharam gen.y@hmetro.com.my

Minggu ini, rata-ratanya sudah kembali bertugas selepas menghabisk­an cuti tahunan pada hujung bulan lalu.

Meskipun sudah berehat panjang, perasaan malas memulakan kembali tugasan pasti ada walaupun sudah berazam untuk berubah.

Itu perkara biasa namun jangan biarkan rasa malas itu berterusan sebaliknya lakukan sesuatu yang boleh mengembali­kan semangat untuk bekerja.

Banyak sebenarnya perkara yang boleh menjadi pendorong anda untuk ‘move on’ daripada ‘mood’ bercuti, antaranya seperti berikut :

Jadi, sebelum meneruskan tugasan, bersih dan kemas semula dokumen serta barangan di atas meja sekiranya ia berselerak.

Gunakan juga kreativiti untuk mencantikk­an ruang kerja dengan hiasan contohnya terrarium yang menjadi trend dekorasi ketika ini.

Anda mungkin buntu atau hilang arah sebaik melangkah masuk pejabat pada hari pertama bekerja namun daripada terus mengelamun, lebih baik ambil pen kemudian senaraikan tugasan yang perlu disiapkan pada minggu berkenaan di kertas ataupun buku nota.

Kalau boleh, catat juga tugasan berkenaan di dalam kalendar sebagai rujukan sekiranya terlupa untuk membawa buku nota itu bersama.

Cara ini secara tidak langsung membantu anda menyiapkan tugasan dengan teratur dan tepat pada waktunya. Ingat, sudah masuk 2018 jadi inilah masanya untuk anda berubah dan buang tabiat menyiapkan tugasan pada saat akhir! untuk disiapkan.

Tip ini mungkin membantu menaikkan semangat anda untuk bekerja tanpa tekanan atau serabut memikirkan tugasan yang banyak.

Malah, kaedah ini juga dapat mengelakka­n anda daripada membuang masa dengan berkhayal atau goyang kaki di tempat kerja tanpa berbuat apa-apa.

Selain hiasan, apa kata sediakan manisan seperti coklat dan gula-gula dan isi di dalam bekas di atas meja.

Makanan itu boleh menjadi sebagai kudapan ketika lapar dan secara tidak langsung menghilang­kan rasa mengantuk ketika bekerja.

Biasanya, rasa mengantuk pada hari pertama bekerja agak keterlalua­n, mungkin kerana sudah lama berehat ketika bercuti.

Walaupun baru saja bercuti, tidak salah rasanya jika anda mula merancang percutian akan datang.

Boleh jadi, ia memberi dorongan kepada anda untuk bekerja lebih kuat supaya perancanga­n ke destinasi impian menjadi kenyataan.

Namun, jangan terlalu sibuk memikirkan soal percutian sehingga mengabaika­n tugasan yang perlu disiapkan.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia