Harian Metro

‘Rugi jika presiden angkat kaki’

- Syafiq Aznan syafiq.aznan@bh.com.my

Kuala Lumpur: Bekas pemain kebangsaan, Datuk Jamal Nasir Ismail menyifatka­n bola sepak negara akan rugi andainya Tunku Ismail Sultan Ibrahim ‘mengangkat kaki’ daripada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Menurutnya, Tunku Ismail sepatutnya meneruskan agenda yang sudah dirancang dalam memulihkan semula sukan nombor satu negara itu dan tidak hanya berhenti sekerat jalan.

“Tunku Ismail tidak perlu peduli dengan cakap-cakap orang yang tidak tahu kesusahan memimpin persatuan sukan seperti FAM. Teruskan saja memimpin FAM untuk sekurang-kurangnya tiga penggal, jadi barulah kita boleh nampak kemajuan dalam tempoh jangka masa panjang.

“Sebagai Presiden FAM yang muda dan memiliki banyak idea segar, inilah masanya membuktika­n kepada pengkritik beliau mampu mengubah bola sepak negara menjadi lebih baik berbanding kepimpinan terdahulu.

“Sudah pasti beliau berdepan pelbagai desakan kerana menduduki kerusi nombor satu FAM itu, namun beliau perlu sentiasa kekal positif dan menerima komen dengan hati terbuka kerana ikhlas mahu melihat bola sepak negara kembali digeruni seperti dulu.

“Beri ruang kepada Tunku Ismail mengotakan apa yang beliau rancangkan sebelum ini dan kita sentiasa memberi sokongan kepada usahanya untuk memajukan bola sepak negara,” katanya semalam.

Menerusi satu video yang dipaparkan di laman Johor Southern Tigers kelmarin, Tunku Ismail yang juga pemilik Johor Darul Ta’zim memberi bayangan untuk melepaskan jawatan Presiden FAM.

 ?? Jamal Nasir Ismail ?? Sebagai Presiden FAM yang muda dan memiliki banyak idea segar, inilah masanya membuktika­n kepada pengkritik beliau mampu mengubah bola sepak negara menjadi lebih baik berbanding kepimpinan terdahulu”
Jamal Nasir Ismail Sebagai Presiden FAM yang muda dan memiliki banyak idea segar, inilah masanya membuktika­n kepada pengkritik beliau mampu mengubah bola sepak negara menjadi lebih baik berbanding kepimpinan terdahulu”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia