Harian Metro

RM5 SEHARI

- Suliati Asri suliati@hmetro.com.my

 Rumah Perantaraa­n Flat Sri Labuan PPUKM ringan beban keluarga pesakit

Kuala Lumpur

“Ksehariami hanya membayar RM5 untuk sebuah rumah yang bukan saja selesa malah dekat untuk berulang alik ke hospital.

“Caj yang dikenakan memang berpatutan dan ia banyak membantu meringanka­n beban keluarga berpendapa­tan rendah dan berasal dari luar Lembah Klang seperti kami,” kata Siti Aishah Wahab, 34.

Ibu kepada tiga anak dari Terengganu itu adalah keluarga yang menghuni Rumah Perantaraa­n Flat Sri Labuan yang disediakan Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) di

Cheras, di sini.

Siri Aishah menggunaka­n kemudahan bantuan Rumah Perantaraa­n itu bagi menemani suaminya yang menjalani rawatan pembedahan membuang ketumbuhan dalam saluran antara hati dan hempedu di hospital terbabit. Menurut Siti Aishah, rumah perantaraa­n itu juga lengkap dengan pelbagai kemudahan tidak ubah seperti rumah sendiri.

Katanya, anak-anaknya yang sering datang ke ibu kota untuk melawat ayah mereka selesa jika ditinggalk­an di rumah ketika dia menemani suami di wad.

“Jika mereka meragam sekalipun, saya boleh balik menjenguk kerana jarak rumah ke hospital dekat dan boleh berjalan kaki saja.

“Saya sekeluarga berterima kasih kepada pihak hospital kerana menyediaka­n kemudahan berkenaan.

“Tanpa rumah perantaraa­n seperti ini, anak-anak tidak dapat melawat ayah mereka selalu kerana jarak hospital dengan rumah sangat jauh selain perlu membayar sewa hotel yang mahal untuk tempoh yang lama,” katanya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Kerja Sosial Perubatan PPUKM Suraiyah Harun berkata, rumah perantaraa­n yang diwujudkan sejak 1998 itu dibuka kepada pesakit dan ahli keluarga yang tinggal di luar Lembah Klang serta menghadapi kesukaran mendapatka­n penginapan sementara pesakit dalam proses rawatan di PPUKM.

Kata Suraiyah, doktor akan merujuk kepada jabatannya dan bergantung kepada kekosongan yang ada.

“Ahli keluarga pesakit akan dibenarkan menginap selama seminggu mengikut kepada keperluan.

“Jika memerlukan penginapan lagi lama, mereka boleh sambung penginapan tanpa membuat permohonan baru,” katanya.

Menurut Suraiyah, selain bantuan Rumah Perantaraa­n, jabatannya juga menyediaka­n pelbagai perkhidmat­an bagi membantu pesakit termasuk sokongan emosi, perantara antara agensi bantuan, infomasi dan khidmat nasihat kemudahan dalam komuniti serta perancanga­n discaj.

“Kami juga membantu mengatasi masalah psikososia­l pesakit-pesakit mengikut keperluan dan jenis penyakit berasaskan kepada konsep penjagaan pesakit secara menyeluruh.

“Kes seperti ibu tanpa nikah, berpenyaki­t kronik, mangsa rogol, penderaan kanak-kanak, masalah kos buat atau alatan khas serta keganasan rumah tangga juga dikendalik­an Jabatan Kerja Sosial Perubatan,” katanya.

 ?? Siti Aishah Wahab ?? Tanpa rumah perantaraa­n seperti ini, anak-anak tidak dapat melawat ayah mereka selalu kerana jarak hospital dengan rumah sangat jauh selain perlu membayar sewa hotel yang mahal untuk tempoh yang lama” KAKITANGAN Jabatan Kerja Sosial PPUKM Irham...
Siti Aishah Wahab Tanpa rumah perantaraa­n seperti ini, anak-anak tidak dapat melawat ayah mereka selalu kerana jarak hospital dengan rumah sangat jauh selain perlu membayar sewa hotel yang mahal untuk tempoh yang lama” KAKITANGAN Jabatan Kerja Sosial PPUKM Irham...
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia