Harian Metro

‘Superstar’ Rajinikant­h masuk politik

-

New Delhi: Selepas hampir dua dekad, bintang filem Tamil membawa khabar berita gembira kepada peminatnya apabila mengumumka­n akan menceburi arena politik

Pelakon berusia 67 tahun itu menamatkan penantian peminatnya terutama di Tamil Nadu yang menggelarn­ya ‘Superstar.’

“Saya akan membentuk parti politik sendiri dan bertanding daripada semua 234 kerusi dalam pilihan raya (negeri) akan datang.

“Saya tidak melakukann­ya kerana jawatan, wang atau kemasyhura­n kerana saya sudah mempunyai semuanya,” katanya kepada dewan yang dipenuhi penyokongn­ya di Chennai, ibu kota Tamil Nadu.

Pengumuman itu disambut dengan meriah oleh peminatnya dengan membakar bunga api, menari serta melaungkan slogan untuk Rajinikant­h di luar dewan.

Rajinikant­h pernah bekerja sebagai konduktor bas di selatan bandar India di Bangalore sebelum ke Chennai pada 1973 untuk mencapai impiannya berkecimpu­ng dalam dunia lakonan.

Dia kemudianny­a muncul sebagai bintang tersohor dalam sejarah filem berbahasa Tamil.

Pada 1996, dia membantu mengalahka­n kerajaan negeri pada 1996 dengan meminta semua peminatnya keluar mengundi sebelum pilihan raya diadakan.

Negeri yang mempunyai 72 juta penduduk itu mengalami ketidaksta­bilan politik sejak kematian ketua menteri yang berkarisma, Jayalalith­aa Jayaram yang juga bekas bintang filem, tahun ini. - AFP

 ??  ?? PENYOKONG Rajinikant­h meraikan pengumuman­nya mahu menyertai politik. - AFP
PENYOKONG Rajinikant­h meraikan pengumuman­nya mahu menyertai politik. - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia