Harian Metro

BIAR ‘CAIR’ SAJA

- Daily Mail

 Nenek sanggup hidup cacat wajah, penglihata­n kerana takut jalani pembedahan

Seorang nenek berusia 63 tahun hidup dengan wajah yang ‘cair’ hingga menyebabka­nnya buta, semata-mata enggan menjalani pembedahan kerana takut mati ketika prosedur itu.

Wiang Boonmee menderita ketumbuhan luar biasa sejak kecil yang merebak ke seluruh muka hingga hilang penglihata­n.

Ia turut menyebabka­n mukanya itu seolah-olah menjadi cair apabila bentuk sebenar hidung dan mulutnya sudah tidak lagi kelihatan.

Keadaan itu dipercayai akibat neurofibro­matosis iaitu sejenis penyakit genetik yang menyebabka­n ketumbuhan pada tisu saraf.

“Saya sudah lama mengalami penyakit ini dan sehingga kini masih dalam keadaan sihat serta mempunyai pekerjaan.

“Jika saya menjalani pembedahan, saya risau tidak sedar lagi selepas itu. Saya takut tidak berjaya melaluinya.

“Anak perempuan membawa saya ke sini dan saya kini boleh menjual bunga dan minyak kapur barus. Saya gembira dan seseorang menderma baru-baru ini yang membuatkan saya lebih bersyukur,” kata nenek kepada dua cucu itu. Sementara itu, Presiden Universiti Rangsit, Dr Sunura Ourairat yang melawat wanita itu menyatakan kesediaann­ya memberi bantuan perubatan kepadanya.

Beliau turut mendapatka­n bantuan daripada Kementeria­n Kesihatan Awam dan meminta beberapa doktor melihat keadaan Wiang.

 ??  ?? WIANG menjaja bunga dan minyak kapur barus. - Daily Mail
WIANG menjaja bunga dan minyak kapur barus. - Daily Mail

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia