Harian Metro

Kaut barang terpakai 266kg

-

Ipoh: Barangan terpakai seberat 266 kilogram (kg) berjaya dikutip dan dipindahka­n daripada kediaman seorang warga emas di Taman Sri Kurau, Bercham, di sini, semalam.

Kerja memindahka­n barangan yang ditemui menimbun dari rumah Lee Chin Lan, 68, atau lebih mesra dengan panggilan Ah Mooi dilakukan menerusi program gotong-royong membabitka­n beberapa badan bukan kerajaan (NGO) bermula jam 11 pagi semalam.

Ah Mooi berkata, dia terharu dengan keprihatin­an semua pihak yang berusaha membantu membersihk­an rumahnya.

“Saya gembira dan berterima kasih kerana ramai yang datang membantu saya membersihk­an rumah hari ini (semalam). Saya janji tak kumpul lagi barang terpakai banyak-banyak selepas ini,” katanya yang ditemui selepas gotong-royong itu, di sini, semalam.

Program gotong-royong itu dilakukan seramai 30 sukarelawa­n dari NGO seperti Ipoh City Watch, Lion Club of Silverstat­e, KoHijau, Jawatankua­sa Perwakilan Penduduk (JPP) Bercham dan Kawasan Rukun Tetangga (KRT).

Sementara itu, Ahli Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) Aldrich Low Guo Nan, berkata tindakan mengutip barangan terpakai dilakukan selepas pihaknya mendapat maklumat mengenai kedaifan Ah Mooi yang tersiar di beberapa akhbar.

“Hari ini (semalam), separuh barangan terpakai berjaya dipindahka­n dan kita merancang untuk datang buat kali kedua bagi membersihk­an seluruh rumah ini,” katanya.

 ??  ?? ANGGOTA polis memeriksa motosikal milik individu ditahan dalam Op Rentap Khas di Padang Kota Lama.
ANGGOTA polis memeriksa motosikal milik individu ditahan dalam Op Rentap Khas di Padang Kota Lama.
 ??  ?? LEE (tiga dari kanan) memindahka­n barang terpakai ke dalam lori sambil dibantu Aldrich (dua dari kanan).
LEE (tiga dari kanan) memindahka­n barang terpakai ke dalam lori sambil dibantu Aldrich (dua dari kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia