Tiga ‘anggota auta’ SPRM
Kakitangan kerajaan cuba disamun lelaki mengaku anggota penguat kuasa
Berpakaian kemas dan berwajah serius. Itu perwatakan tiga lelaki menyamar sebagai anggota penguat kuasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang cuba menyamun seorang lelaki di sebuah flat kakitangan kerajaan di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 8.30 pagi, mangsa berusia 48 tahun berada di rumahnya sebelum tiga lelaki tidak dikenali memperkenalkan diri sebagai anggota penguat kuasa SPRM.
Suspek yang berpakaian kemas kemudian meminta mangsa memberi penjelasan mengenai wang yang diperoleh untuk membeli peralatan muzik dan kelengkapan rumah lain.
Bagaimanapun, mangsa rasa curiga dengan pertanyaan suspek kerana yakin mereka bukan anggota penguat kuasa seperti yang didakwa sebelum mengunci pintu rumahnya.
Ketua Polis Daerah Bintulu Superintendan Zulkipli Suhaili berkata, bagi meyakin dan menakutkan mangsa, suspek menunjukkan kad kuasa agensi yang mempunyai logo SPRM dan namanya.
Bagaimanapun, katanya, suspek tidak berjaya memperdayakan mangsa sebelum beredar dari perumahan berkenaan kerana bimbang kegiatan mereka dihidu penduduk lain.
Menurutnya, mangsa yang bimbang suspek datang kembali membuat laporan di Balai Polis Bintulu, tengah hari kelmarin.
“Polis menghubungi SPRM dan mendapati tiada arahan dikeluarkan untuk anggota agensi itu menjalankan siasatan ke rumah mangsa.
“Semakan lanjut terhadap nombor pendaftaran Proton Saga dinaiki suspek juga didapati menggunakan nombor pendaftaran palsu,” katanya.
Menurutnya, satu pasukan khas ditubuhkan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bintulu untuk mengesan kumpulan berkenaan.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 170 Kanun Keseksaan kerana menyamar sebagai penjawat awam yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda jika sabit kesalahan
“Orang ramai dinasihatkan berwaspada sekiranya didatangi individu mencurigakan dan perlu membuat semakan dengan agensi berkaitan atau menghubungi Balai Polis Bintulu di talian 08-6331121,” katanya. Papar: Tindakan 35 pendatang asing tanpa izin (PATI) berselindung di sebalik rumah sewa di Kinarut, di sini, gagal mengaburi mata pihak berkuasa apabila beberapa lokasi diserbu, dalam Ops PATI Bersepadu, malam kelmarin.
Dalam serbuan bermula jam 10 malam itu, semua PATI berusia antara lima hingga 55 tahun ditahan sepasukan anggota polis daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Papar.
Ketua Polis Daerah Papar Deputi Superitendan Ladamah Sulaiman berkata, serbuan itu menumpukan beberapa kampung termasuk Kampung Kelatuan, Kampung Nagapas, Kampung Simpudu, Kampung Kawang, Kampung Sagindai dan Kampung Soka Kinarut.
“Kita menerima maklumat berhubung kehadiran PATI di kawasan berkenaan dan sepasukan anggota melakukan serbuan yang