Harian Metro

2 jenis flourida, 3 kali perlindung­an kaviti

-

Gigi terdedah kepada bakteria setiap hari. Tanpa pembersiha­n yang kerap dan teratur, bakteria akan membentuk satu lapisan nipis plak pada gigi. Makan makanan kaya kanji dan manis akan menyebabka­n bakteria membiak dengan cepat serta menghasilk­an asid yang boleh menghakis enamel gigi. Jika hakisan ini mencecah lapisan lembut di dalam gigi, kadar pereputan gigi akan berlaku dengan cepat.

Antara cara melindungi gigi ialah menggunaka­n ubat gigi berflourid­a bagi mencegah kaviti. Flourida adalah mineral yang wujud secara semula jadi yang boleh di dapati di dalam tanah, makanan dan sumber air.

Ia berfungsi menghalang dan mengurangk­an pembentuka­n kaviti sekali gus menguraika­n gula dan menghasilk­an asid, menggantik­an kehilangan mineral dan membantu memperbaik­i kaviti melalui proses penambahan mineral yang berlaku secara semula jadi. Flourida juga boleh memperkuat­kan enamel gigi serta meningkatk­an ketahanann­ya terhadap serangan asid.

Mengutamak­an keperluan pengguna untuk penjagaan gigi, Fresh & White kini memperbaik­i ramuannya dengan memasukkan dua jenis flourida bagi memberikan tiga kali perlindung­an kaviti termasuk perlindung­an formulasi tanpa gula terhadap asid gula, bagi mencegah pereputan serta memperkuat­kan enamel gigi untuk menangani masalah utama pergigian yang dihadapi rakyat Malaysia.

Menurut Pengurus Kanan Jenama, Penjagaan Mulut, Bahagian Pemasaran, Southern Lion Sdn Bhd Loo Mei Fong, formulasi Fresh & White yang mengandung­i dua jenis flourida untuk tiga kali perlindung­an kaviti yang berinovati­f dapat menangani permintaan pengguna yang semakin meningkat.

“Fresh & White dikenali sebagai ubat gigi yang menguatkan gigi serta mengekalka­n rasa nyaman dan segar dengan rasa pudina, sambil menawarkan tawaran nilai yang terbaik.

“Berada di Malaysia 25 tahun yang lalu, formulasi ini dirumus daripada

Lion Corporatio­n yang mempunyai 125 tahun pengalaman dalam pembanguna­n dan inovasi penjagaan mulut. Fresh & White ketika ini berada dalam kalangan tiga jenama ubat gigi teratas di Malaysia,” katanya.

Didatangka­n dalam enam varian menyegarka­n dalam rangkaian produk berasaskan pudina iaitu Fresh Cool Mint, Extra Cool Mint dan Fresh Applemint; barisan herba semula jadi Kayu Sugi serta gel antinafas busuk, Fresh Blast Extra Fresh Gel dan Whitening Gel.

Rangkaian produk utama Fresh Cool Mint dan Extra Cool Mint mempunyai peminat dan pengikut setia yang ingin memulakan hari mereka dengan nafas yang bersih dan segar.

Rasa pudina yang menyejukka­n ketika menggunaka­n Fresh & White Fresh Cool

Mint memberikan kesegaran berpanjang­an dan dalam masa sama memperkuat­kan gigi.

Fresh & White

Extra Cool Mint pula mengandung­i lebih pudina bagi memberikan kesegaran yang boleh dinikmati dan dirasai. Ramai dalam kalangan pengguna Fresh &

White Extra Cool Mint mengatakan ia adalah ubat gigi paling sejuk dan berpudina dalam pasaran.

Semua varian ubat gigi Fresh & White disahkan Halal oleh JAKIM (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia), menjadikan­nya selamat untuk digunakan. Boleh diperoleh di seluruh negara dalam pek 70g, 100g,160g, 225g dan pek berkembar 225g pada harga antara RM3.30 hingga RM14.95.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia