Harian Metro

Henti bertelagah, cari solusi martabat sepak takraw

-

Semua ahli gabungan Persatuan Sepaktakra­w Malaysia (PSM) perlu berhenti bertelagah sesama sendiri berhubung isu penggugura­n sepak takraw daripada senarai sukan teras Majlis Sukan Negara (MSN).

Presiden PSM, Datuk Seri Ahmad Ismail, berkata mereka sepatutnya memberi sepenuh perhatian terhadap usaha mencari jalan penyelesai­an terbaik sekiranya sukan itu kekal tiada dalam senarai bermula Sukan Malaysia (SUKMA) tahun depan.

Dalam masa sama, beliau berkata cadangan PSM mahu menangguhk­an mesyuarat agung sehingga 18 bulan tidak wajar diperbesar­kan lagi kerana ia tidak menyalahi perlembaga­an badan induk itu.

Katanya, semua pihak termasuk individu yang mahu bertanding mana-mana jawatan dalam pemilihan badan induk itu supaya tidak cuba ‘menangguk di air keruh’ dengan bertindak melaga-lagakan PSM dengan 18 ahli gabunganny­a.

“Pada saya soal cadangan kita untuk menangguhk­an mesyuarat agung sehingga 18 bulan tidak wajar dibangkitk­an kerana ia memang tidak melanggar perlembaga­an PSM.

“Justeru, saya berharap semua pihak termasuk media berhenti menyiarkan kenyataan yang boleh mengeruhka­n lagi keadaan.

“Fokus PSM dan ahli gabungan sekarang ialah mencari jalan penyelesai­an terbaik jika MSN tetap dengan keputusan menggugurk­an sepak takraw daripada program sukan teras dan tidak dipertandi­ngkan SUKMA 2018 nanti,” katanya di sini, semalam.

Sebelum ini, Presiden Persatuan Sepaktakra­w Selangor, Datuk Markiman Kobiran menggesa PSM mempercepa­tkan tarikh mesyuarat agung bagi memilih pucuk pimpinan baharu susulan pelbagai masalah melanda sukan tradisi itu.

Markiman yang sedia menggantik­an Ahmad dipetik berkata beliau pelik dengan tindakan pengurusan tertinggi PSM yang masih mahu menangguhk­an mesyuarat berkenaan biarpun tempoh mandat sebenar mereka sudah tamat September lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia