Harian Metro

Selangor akur

- Azlan Muhammad Zain azlanmz@hmetro.com.my

 Tersingkir awal apabila bantahan terhadap PDRM ditolak

Juara bertahan, Selangor terpaksa akur tersingkir awal daripada Kejohanan Bola Jaring Kebangsaan ke-39 di Stadium Juara, semalam apabila bantahan terhadap keputusan perlawanan menentang PDRM ditolak.

Selangor yang memerlukan kemenangan, diikat PDRM dengan keputusan 29-29 namun mereka mengemukak­an bantahan apabila mendakwa jaringan terakhir lawan tidak sah kerana dilakukan selepas wisel penamat dibunyikan.

Bagaimanap­un bantahan itu ditolak jawatankua­sa rayuan kejohanan selepas meneliti rakaman video sekali gus mengekalka­n keputusan seri.

Pengurus Selangor, Zaleha Sulong akur dengan keputusan jawatankua­sa rayuan berkenaan.

“Jika ikutkan rakaman yang ditunjukka­n jawatankua­sa rayuan, saya berpuas hati. Mungkin ada kesilapan rakaman kami kerana menggunaka­n telefon pintar. Apapun kami terima dengan rela hati keputusan itu.

“Saya akan memanjangk­an perkara ini kepada pihak jurulatih. Insya-Allah mereka akan terima kerana ia adalah betul (keputusan jawatankua­sa). Kita tidak akan memboikot dan meneruskan aksi penentuan kedudukan esok (hari ini),” tambahnya.

Keputusan berkenaan menyaksika­n Terengganu (5 mata) dan PDRM (4) mara ke separuh akhir dengan mewakili Kumpulan A manakala Selangor tempat ketiga (3).

Naib juara tahun lalu, Kuala Lumpur muncul juara Kumpulan B dengan lapan mata selepas menang semua empat perlawanan dan dijadualka­n bertemu PDRM di separuh akhir petang hari ini.

Tempat kedua Kumpulan B untuk ke separuh akhir masih menjadi rebutan antara Johor dan Perak yang kini masing-masing mengumpul empat mata dan akan bertemu dalam aksi terakhir kumpulan hari ini.

 ??  ?? PEMAIN Selangor, Nuradrinah Adnan (tengah) dihalang dua pemain PDRM di Stadium Juara, semalam.
PEMAIN Selangor, Nuradrinah Adnan (tengah) dihalang dua pemain PDRM di Stadium Juara, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia