Harian Metro

Zhuliang pertahan teknik lapuk

- Fadhli Ishak fadhli.ishak@bh.com.my

Kuala Lumpur: Yang Zhuliang mempersoal­kan keputusan Institut Sukan Negara (ISN) tidak menyambung kontraknya sebagai jurulatih skuad terjun elit negara dengan menggunaka­n alasan teknik bimbingann­ya sebagai lapuk.

Zhuliang, yang kontraknya tamat pada 31 Disember ini, ketawa apabila ditanya sama ada dia tidak memberi kerjasama dalam mengamalka­n sains sukan di dalam corak latihannya.

“Saya sudah meminta sistem ulang tayang video sejak beberapa tahun lalu untuk digunakan dalam latihan tetapi tidak dapat, ia agak lucu (apabila mereka menjadikan sains sukan sebagai punca),” kata Zhuliang ketika dihubungi semalam.

“Saya mahu tanya ISN, sejauh manakah sains sukan boleh membawa perbezaan yang ketara dalam sukan terjun? Lihat Amerika Syarikat, Australia, Kanada, Mexico dan negara lain yang bergantung pada sains sukan, semuanya tidak memenangi pingat emas (di Olimpik Rio), China terus mendominas­i dengan tujuh pingat emas.”

Tambah Zhuliang, sejak kembali ke Malaysia buat

(gambar)

kali kedua pada tahun 2008, teknik lamanya itulah yang banyak membantu penerjun negara meraih pencapaian gemilang.

“Saya begitu rapat dengan penerjun, mereka seperti keluarga saya,” katanya yang pernah membimbing Malaysia dari tahun 2001 hingga 2005. “China mempunyai banyak pusat latihan di sana, kita masih lemah dalam bahagian ini dan hanya beberapa kejayaan saja lagi yang belum kita tempa setakat ini.

“Tiada negara yang menunjukka­n peningkata­n mendadak seperti kita dan itupun masih ada yang berkata (teknik latihan) lapuk.”

Zhuliang turut mempersoal­kan kredibilit­i jurulatih Australia yang dikhabarka­n akan menggantik­annya pada Januari ini.

“Saya mahu tanya apa pencapaian­nya di Kejuaraan Dunia dan peringkat Olimpik? Saya sebelum ini pernah mengendali­kan skuad terjun negara dan tidak pernah menyedari jurulatih baik dari sana,” katanya yang turut menolak tawaran MSN untuk mengambil jawatan menaikkan sukan ini di peringkat akar umbi.

yang

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia