Harian Metro

Hanya angguk faham

- Muhaamad Hafis Nawawi mhafis@hmetro.com.my

 Penjual ikan tidak beri sebarang pengakuan di mahkamah

Seorang penjual ikan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, semalam atas pertuduhan membunuh pengutip hutang di Taman Arked, Sungai Petani, dua minggu lalu.

Bagaimanap­un, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh, Muhammad Amirul Khairol Nizam, 19, yang hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohamad Fared Abd Latif.

Mengikut pertuduhan, Muhammad Amirul didakwa melakukan pembunuhan dengan menyebabka­n kematian Liu Chee Wei, 25, di kawasan Taman Arked, antara jam 2.30 dan 3.30 petang pada 4 Disember lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 302, Kanun Keseksaan kerana membunuh dan jika disabitkan kesalahan boleh dihukum mati mandatori.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Faraheen Yahya manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah tidak membenarka­n tertuduh diikat jamin dan sebutan kes pada 21 Februari 2018 sementara menunggu laporan bedah siasat dan kimia.

Harian Metro 7 Disember lalu melaporkan, tertekan dengan hutang RM2,000 yang gagal dijelaskan menyebabka­n lelaki berusia 19 tahun bertindak menikam seorang lelaki di lorong belakang Taman Arked, Sungai Petani.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah Senior Asisten Komisioner Mior Farid Al Athrash Wahid dilaporkan berkata, suspek yang bekerja sebagai penjual ikan berhutang dengan mangsa, malah perlu membayar RM26 setiap hari.

 ??  ?? MUHAMMAD Amirul dihadapkan ke mahkamah di Sungai Petani, semalam.
MUHAMMAD Amirul dihadapkan ke mahkamah di Sungai Petani, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia