Harian Metro

Dedah mengajar lebih berkesan

-

Kuala Lumpur: Tiga guru subjek Bahasa Inggeris dipilih menjalani program Kepemimpin­an Antarabang­sa Dalam Pendidikan (ILEP) di Amerika Syarikat selama lima bulan bermula Januari depan dan bakal memberi pengalaman berharga apabila diberi peluang mengajar orang putih di sana.

Program tajaan Biro Pendidikan dan Hubungan Kebudayaan Kementeria­n Luar Amerika Syarikat itu bakal memberi pendedahan kepada ketiga-tiga guru terbabit mengenai cara mengajar sesuatu subjek dengan cara yang lebih berkesan, memberi pendedahan teknik mengajar dan menimba pengalaman melihat bagaimana cara guru mengajar di Amerika Syarikat.

Tiga guru bertuah berkenaan adalah Siti Sarah Rusof, 29, Adelyn Chin, 39, dan Yvonne Ling Soon Chiin, 30, masing-masing wakil dari Semenanjun­g, Sabah dan Sarawak.

Siti Sarah dan Adelyn akan ditempatka­n di James Madison University,

Virginia manakala Yvonne pula di Kent State University, Ohio bermula 2 Januari hingga 14 Mei tahun depan.

Bagi anak kelahiran Kuala Nerus, Terengganu ini, Siti Sarah Rusof berasa teruja apabila dapat mengikuti program berkenaan walaupun mengakui sedikit berdebar.

Guru bahasa Inggeris dan Pendidikan Muzik dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Mizan Zainal Abidin, Terengganu itu berkata, dia bersyukur diberi rezeki dan peluang sekali seumur hidup serta mewakili guru

Malaysia ke program ILEP 2018.

“Saya teruja kerana membawa harapan negara sekali gus berbangga kerana terpilih dalam banyak permohonan lain.

“Malah, saya juga berharap dapat mendalami ilmu, kemahiran dan pengalaman pendidikan integrasi teknologi untuk membina suasana pembelajar­an kelas serta menggalakk­an pelajar terbabit dalam proses pengajaran dan pembelajar­an secara langsung dan aktif,” katanya.

Siti Sarah kini mengikuti Ijazah Sarjana Pendidikan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi secara separuh masa dan lulusan Macquaire Universiti, Australia dalam jurusan Pengajaran Bahasa Inggeris kepada Penutur Bahasa Lain (TESOL).

Pendapat sama turut dikongsi guru dari SMK Beladin, Sarawak, Yvonne Ling Soon Chiin, 30, yang bersyukur dan gembira apabila dipilih menyertai program berkenaan dan bakal ditempatka­n di Kent State University, Ohio pada 2 Januari depan.

“Saya ingin mencuba pengalaman baru mengajar di negara orang sebagai latihan praktikal dan ia pasti sesuatu yang menyeronok­kan.

“Selain itu, saya ingin mempraktik­kan apa yang diperoleh di sana untuk dibekalkan kepada pelajar saya di sekolah,” katanya yang masih bujang.

 ?? Siti Sarah ?? SITI Sarah bersama pelajar sekolah SMK Tengku Mizan Zainal Abidin, Terengganu. Saya teruja kerana membawa harapan negara sekali gus berbangga kerana terpilih dalam banyak permohonan lain”
Siti Sarah SITI Sarah bersama pelajar sekolah SMK Tengku Mizan Zainal Abidin, Terengganu. Saya teruja kerana membawa harapan negara sekali gus berbangga kerana terpilih dalam banyak permohonan lain”
 ?? Adelyne ?? Saya akan cuba membawa budaya Malaysia dalam proses Proses Pengajaran dan Pembelajar­an (PNP) untuk diketengah­kan kepada pelajar di Amerika Syarikat”
Adelyne Saya akan cuba membawa budaya Malaysia dalam proses Proses Pengajaran dan Pembelajar­an (PNP) untuk diketengah­kan kepada pelajar di Amerika Syarikat”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia