Elak ruang tamu kelihatan kosong
Penggunaan perabot minimalis antara dicadangkan supaya rumah sentiasa kemas
Jika Mohamad Syahrul
Ariff Shah, 33, mampunyai persepsi dekorasi tersendiri tidak terkecuali isterinya Nur Adlina Mohd Nooramin Kaw, 32.
Malah Nur Adlina tidak menyangka perkongsian dekorasi kediaman mereka menarik perhatian peminat di laman sosial.
Menurut Adlina, dia sekadar suka-suka memuat naik foto ruang kediamannya itu apatah lagi suaminya seorang pereka dalaman.
“Selepas perkongsian itu, saya mendapat banyak komen positif daripada pengguna laman sosial malah selepas itu ramai yang menghubungi suami untuk bertanya lanjut berkenaan khidmat dekorasi kediaman mereka.
“Niat saya hanya mahu berkongsi dan memberi idea kepada pemilik kediaman kos rendah untuk menghias kediaman atau ‘meminimalis’ ruang supaya sedap mata memandang,”katanya ketika ditemui di kediamannya di Taman Desa, Kuala Lumpur, barubaru ini.
Menurut Adlina, pemilik kediaman jenis flat sememangnya mempunyai ruang terhad.
Penggunaan perabot yang minimalis antara dicadangkan supaya kediaman sentiasa kemas.
“Bagi mengelakkan ruang tamu kelihatan ‘kosong,’ saya sarankan supaya anda menggunakan perabot ‘L shape’ berbanding perabot yang mempunyai enam kerusi.
“Ini kerana perabot lengkap enam kerusi akan ‘memakan’ banyak ruang berbanding ‘L shape’ yang hanya diletakkan di