Majda gila Bollywood
Kalau sudah ada kuasa, buatlah keputusan dengan seadanya. Tetapi dalam bola sepak atau apa saja bidang, keputusan yang dibuat pasti ada risikonya. Dan jangan lupa, bersedialah untuk menanggungnya di kemudian hari!
Kejayaan dalam sukan turut terhasil daripada keputusan tepat yang telah dibuat, pertimbangan terbaik yang bermula dari luar gelanggang hinggalah ke medan pertarungan. Sebaliknya, padah pula menanti jika silap percaturan.
Barangkali keputusan terbaik dibuat Zainal Abidin Hassan meninggalkan Selangor untuk menyertai Pahang pada 1983, sekali gus digilap oleh jurulatih Frank Lord hingga menjadikannya pemain Bekas pertahanan
Liverpool, Mamadou
Sakho memang sangat bertuah kerana bukan saja memiliki isteri yang cantik dan seiras selebriti terkenal Kim Kardashian malah Majda Sakho juga adalah peminat fanatik muzik, pakaian dan filem Bollywood.
Sama seperti Majda, dia juga sangat bertuah kerana menjadi peneman sehidup semati Sakho iaitu pemain pertahanan yang mempunyai potensi besar kerana pernah mengetuai skuad kebangsaan Perancis dan kelab Paris SaintGermain (PSG) pada usia muda.
Majda yang juga seorang model, mengahwini Sakho pada 2012 dan paling menarik dia bukan saja meminati filem Bollywood tapi turut tertarik dengan perkahwinan meriah serta penuh warna-warni walaupun tidak mempunyai sebarang pertalian darah dengan negara India.
Selain itu Majda juga dilihat selesa untuk mengenakan pakaian masyarakat India seperti sari dan dia juga mencipta khas pakaian lelaki buat Sakho.
Keterujaan Majda terhadap Bollywood juga menyaksikan dia dan Sakho melangsungkan perkahwinan mengikut tema berkenaan, sebelum memuat turun gambar dalam akaun Instagram miliknya.
Mirip wajah ibu kepada dua orang cahaya mata, Aida dan Sienna ini juga dikatakan sama seperti seorang puteri dari India, terutama ketika dia tampil di khalayak ramai dengan mengenakan pakaian Bollywood.
Citarasa Majda memang sangat berbeza dengan kebanyakkan isteri dan teman wanita pemain bola sepak lain kerana dia lebih gemar bersolek ataupun berketrampilan ala-ala wanita dari India.
Sebenarnya Majda berketurunan Maghribi dan selepas melahirkan dua cahaya mata, dia dikatakan sudah tidak terlalu aktif dalam bidang peragawan, sebaliknya menumpukan perhatian kepada menjaga karier Sakho yang sekarang ini beraksi bersama Cyrstal Palace.
Dia juga kerap turun ke stadium untuk memberi sokongan padu kepada suaminya, baik dalam perlawanan peringkat kelab mahupun antarabagsa.
Hubungan Majda dan Sakho juga dilihat mesra sehingga ke hari ini walaupun mereka sudah berkahwin selama lima tahun, malah keduaduanya sering berkongsi gambar di Instagram.
Majda juga sangat bertuah kerana Sakho bukan hanya seorang pemain bola sepak yang hebat, malah ringan tangan membabitkan diri dalam kerja-kerja amal.
Ketika di Liverpool dia mengambil kesempatan untuk mengajar bahasa Perancis kepada kanakkanak setempat iaitu sebahagian dari kerja kemasyarakatan kelab berkenaan.