Kerajaan tak akan selamatkan pemaju hartanah mewah
Kuala Lumpur: Kerajaan tidak akan menyelamat atau
mana-mana pemaju terutama pemaju hartanah mewah yang berdepan masalah kewangan atau gagal menjual hartanah mereka.
Menteri Kewangan II Datuk Seri Johari Abdul Ghani ketika menegaskan perkara itu berkata, atas sebab itu kerajaan memutuskan untuk campur tangan dengan membekukan projek hartanah mewah baru bernilai RM1 juta ke atas bermula bulan lalu.
Beliau berkata, ia berikutan kerajaan mengambil berat selain berasa bimbang dengan tindakan sesetengah pemaju yang mahu menjual hartanah mewah di kawasan seperti di pinggiran Kuala Lumpur dan Selangor pada harga yang tinggi sehingga RM1 juta.
Katanya, kerajaan tidak mempunyai masalah jika hartanah mewah itu mahu dibangunkan di kawasan seperti KLCC dan Bukit Bintang kerana permintaan memang ada termasuk daripada pelabur asing.
“Meskipun begitu kita juga perlu berlaku adil dengan pemaju hartanah mewah ini. Mereka membeli tanah pada harga sehingga RM3,200 kaki persegi di KLCC dan Bukit Bintang, maka tidak boleh untuk kita jangka mereka akan bangunkan kediaman bernilai RM1 juta ke bawah.
“Malah, di semua lokasi seperti ini akan tetap ada pembeli dan pelabur, kerajaan tidak boleh halang mereka. Tetapi, kerajaan mengambil berat dengan kawasan di pinggiran Kuala Lumpur, Selangor dan sesetengah kawasan di Johor dan Pulau Pinang yang perlu kita amati.
“Malah, langkah pembekuan ini tercetus kerana kerajaan mahu pemaju meneliti sama ada mereka sedang bergerak menuju ke arah pasaran yang betul atau tidak, kerana diakhirnya jika pemaju berdepan masalah, bank juga akan mengalaminya dan begitu juga kerajaan.
“Nanti apabila ada mana-mana pihak yang mempunyai masalah dan datang kepada kita untuk minta
tiada perkara seumpama itu. Saya mahu jelaskan, kerajaan tidak mahu terbabit dengan ini,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyaksikan majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) di antara EWI dan Willmott Dixon di sini, semalam.