SEJUTA RAKYAT BERHIMPUN DI GAZA
Berikrar komited pertahan Baitulmaqdis daripada dikuasai Israel
Amerika Syarikat (AS) Donald Trump yang mengisytihar Baitulmaqdis (Jerusalem) sebagai ibu kota Israel pada 6 Disember lalu.
“Rakyat Palestin menekankan mereka sama sekali tidak akan berundur mempertahankan kesucian Baitulmaqdis dan tidak berganjak dengan keputusan Trump itu.
“Mereka sanggup memberikan apa saja untuk mempertahankan Masjid al-Aqsa yang menjadi kiblat pertama dan antara tiga masjid suci umat Islam,” katanya kepada Harian Metro semalam.
Menurutnya, bantahan sama turut diadakan di pelbagai lokasi di Palestin, malah kesepaduan yang wujud antara parti Hamas dan Fatah kini memperkuatkan lagi solidariti rakyat menentang kezaliman Israel dan AS.
Katanya, bukan saja penduduk Palestin malah seluruh dunia turut mendesak supaya keputusan Trump itu ditarik balik.
“Aman Palestin dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) turut membuat kutipan derma di masjid seluruh negara hari ini (semalam) bagi membantu Palestin.
“Malah hari ini (semalam) juga seluruh dunia bangkit mengadakan bantahan di hadapan Kedutaan AS di negara masing-masing,” katanya.
Sementara itu, AFP melaporkan, pemimpin Kesatuan Eropah (EU) kelmarin sepakat menolak pengiktirafan Trump untuk menjadikan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel dan tegas dengan pendirian ia harus diselesaikan melalui perundingan.
“Pemimpin EU mengulangi komitmen tegas terhadap penyelesaian dua negara dan dalam konteks ini, kedudukan EU di Baitulmaqdis tetap tidak berubah,” kata Presiden EU Donald Tusk selepas membincangkan perkara itu bersama 28 pemimpin negara blok terbabit pada sidang kemuncak di Brussels.
EU tetap kekal dengan pendiriannya untuk mewujudkan dua negara berbeza antara Israel dan Palestin sebagai jalan penyelesaian dengan Baitulmaqdis sebagai ibu kota bagi kedua-duanya serta kembali merujuk kepada status sempadan asal mereka sebelum Perang Arab-Israel 1967.