Se Band Menjadi
penghasilan single kedua mereka.
“Selagi single Sandiwara masih mendapat sambutan baik pendengar, Xpose Band akan meneruskan aktiviti publisiti.
“Malah, untuk single kedua perlu membuat perancangan teliti kerana kami mahu pencapaian yang sudah dimiliki kini kekal konsisten,” katanya.
Melihatkan persaingan sengit industri muzik tanah air, Eppy berkata, Xpose Band tidak gentar cuma perlu bijak menyusun strategi.
“Dalam Xpose Band hanya Furhan yang muda dan baru berusia 25 tahun. Manakala, saya bersama tiga lagi anggota lain dalam lingkungan umur 30-an.
“Jadi, pemikiran kami berempat matang dan Furhan pula mudah dibawa berbincang serta mendengar kata,” katanya.
Menurut Eppy, lebih memudahkan kerana anggota Xpose Band satu kepala dan masingmasing boleh menerima teguran.
FURHAN PERNAH MENYANYI DI KELAB
Memiliki minat mendalam dalam bidang nyanyian mendorong Furhan mengatur langkah menimba pengalaman menyanyi di kelab.
Apa pun, perancangan Yang Maha Esa siapa tahu apabila dia akhirnya dipilih menjadi vokalis Xpose Band.
Menurut pemuda ini, dia sangat gembira dan bersyukur kerana impiannya dimakbulkan. Malah, bertekad tidak mahu sia-siakan peluang.
“Terus terang sebagai anggota paling muda, saya sangat menghormati abang Eppy, Zaim, Fakhrul dan Taqim.
“Mereka berempat juga sudah saya anggap seperti keluarga sendiri dan bersikap terbuka dengan apa saja teguran diberikan.
“Hubungan kami juga sangat rapat seperti adik-beradik. Jadi, saya memang hormatkan mereka,” katanya.
Menganggap faktor usia bukan halangan, Furhan berkata, dalam berkumpulan perlu amalkan sikap tolak ansur.
“Apa yang kurang disenangi cepat bawa berbincang dan jangan simpan dalam hati. Malah, mahu terima teguran.
“Selama bergerak dengan Xpose Band, saya selesa dengan kerjasama diberikan setiap anggota. Ini kerana, kami faham niat sebenar aktif bermain muzik,” katanya.
Menurut Furhan, dia sangat berbesar hati dengan sokongan diberikan peminat kepada Xpose Band setakat ini.
Dia mahu peminat terus memberi sokongan kepada Xpose Band dan berharap perjuangan mereka dalam muzik mampu bertahan lama.