Harian Metro

CABARan 670KM

- 03-20567083/7084 Shuhada Mansor gen.y@hmetro.com.my

Siri kedua Kayuhan Amal Pink 2017 anjuran Kelab Berbasikal Pinky Women (BSKN) berjaya menarik ramai anak muda untuk turut serta meskipun membabitka­n jarak 670 kilometer (km).

Berbanding tahun lalu menuju selatan, siri kayuhan kali ini menukar laluan ke utara membabitka­n 40 peserta dan 20 kru melalui lima negeri yang berakhir di Kedah.

Kayuhan ini kesinambun­gan daripada XPDC Cilik tahun lalu (1.0) dengan label 2.0 bagi tahun ini yang memilih Zetro, Wangsa Maju sebagai tempat pelepasan dan berakhir di Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) Sintok, Kedah.

Kayuhan amal selama lima hari ini berjaya mencapai objektifny­a untuk mengumpulk­an dana bagi disumbangk­an kepada tiga rumah anak yatim.

Gen Y kongsikan tiga daripada geng kita yang menceritak­an susah payah mereka mengharung­i misi ini.

HAMPIR PUTUS ASA

MHD ASRAEI MAIDI SUPANDI, 20

“Atas sokongan orang sekeliling, saya terbuka hati untuk turut serta dalam misi ini. Cabaran paling besar apabila melalui kawasan tinggi berbukit di Gerik (Perak) dan Baling (Kedah). Waktu itu mental sudah tidak stabil dan pada masa sama perlu menolong rakan lain. Itu antara momen paling berharga sepanjang saya dapat dalam misi ini. Membantu anak yatim, sekali gus mengeratka­n lagi hubungan sesama rakan.”

PUAS HATI BERJAYA TAMATKAN KAYUHAN MUHAMAD SAIFULLAH JAMAL ALIAS, 25

“Mengayuh basikal adalah satu aktiviti yang boleh dilakukan sesiapa pun. Tapi jika membabitka­n tempoh yang lama, ia lebih kepada bagaimana kita mengawal mental dan fizikal. Bagi saya, misi ini berjaya menguatkan lagi semangat kesukanan dalam diri. Paling saya puas hati apabila dapat menghabisk­an kayuhan bersama-sama rakan yang lain walaupun ada yang mahu tarik diri sebelum misi tamat.

“Saya bekas pelatih PLKN. Jadi, saya dapat lihat sendiri suasana PLKN yang berbeza di setiap negeri kerana di situ ‘checkpoint’ kami. Selain itu, saya boleh juga menikmati keindahan alam di negara sendiri.”

PENGALAMAN ‘GILA’

MUHAMMAD HASNOL ZAHIER ABDUL HALIM, 28

“Sebagai penolong pegawai perubatan bahagian kardiovask­ular, mengayuh basikal bukan aktiviti yang saya lakukan hari-hari. Jadi, apabila diberi peluang, saya terus terima dengan senang hati. Namun, tidak sangka cabaran kayuhan ratusan kilometer ini memang gila.

“Hujan lebat, kawasan berbukitbu­kau yang seperti tidak ada penghujung memang timbul rasa menyesal. Tapi, semangat diterima daripada rakan dan tujuan murni ekspedisi buatkan saya terus kuatkan diri hinggalah ke garisan penamat. Tak sangka berjaya habiskan tapi saya letakkan ini sebagai antara pencapaian yang takkan saya lupakan.”

Tiga anak muda kongsi pengalaman sertai kayuhan amal

 ??  ?? SEBAHAGIAN peserta kayuhan bergambar kenangan di Perak.
SEBAHAGIAN peserta kayuhan bergambar kenangan di Perak.
 ??  ?? ASRAEI
ASRAEI
 ??  ?? SAIFULLAH (kanan) bersama rakan.
SAIFULLAH (kanan) bersama rakan.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia