Harian Metro

‘BERANI BUAT, BERANI TANGGUNG’ “T

-

iada maaf bagi mu, kita jumpa di mahkamah!” Begitulah reaksi Khairul Helmi Johari kepada pemilik akaun Facebook, Muhammad Ridzwan yang membuat permohonan maaf secara terbuka ekoran dakwaan rasuah dilemparka­nnya ke atas ketua pasukan Kedah itu serta lima rakannya dan jurulatih, Nidzam Adzha Yusof.

Khairul atau lebih mesra disapa Keon berkata, meskipun Ridzwan sudah mengakui kesalahann­ya serta meminta maaf, namun dia sukar memaafkan kerana tuduhan yang dilemparka­n terlalu berat.

“Tuduhan itu bukan sahaja mencemar maruah, malah boleh memusnahka­n karier bola sepak saya. Bayangkan jika Kedah termakan dengan fitnah itu dan menamatkan kontrak saya, apa saya nak buat?

“Jadi, tidak semudah itu untuk saya memaafkan walaupun dia sudah membuat permohonan maaf secara terbuka melalui video yang disebarkan.

“Pesanan saya kepada dia, berani buat, berani tanggung. Saya akan saman, sediakan saja duit untuk bayar ganti rugi, paling tidak saya akan tuntut RM200,000.

“Saya rasa kawan yang lain pun akan mengambil tindakan sama. Jadi, bersediala­h jumpa kami di mahkamah.

“Saya bukan berdendam, tapi mahu menjadikan kes ini sebagai pengajaran kepada orang lain supaya jangan main sedap mulut menuduh pemain mengambil rasuah,” tegas Keon.

Malah, Keon menganggap Ridzwan tidak ikhlas melakukan permohonan maaf itu apabila tidak mendedahka­n wajah sebenar dengan berselindu­ng di sebalik topi, kaca mata hitam dan penutup mulut.

“Mengapa dia perlu melindungi identitiny­a? Adakah dia malu atau takut untuk mendedahka­n dirinya yang sebenar?

“Kalau dia ikhlas mahu memohon maaf, tidak perlu menyorokka­n wajahnya. Malah,

Keon tetap mahu ambil tindakan mahkamah ke atas Ridzwan

jika dia benar-benar ikhlas, sepatutnya datang berjumpa kami serta memohon maaf secara berdepan,” ujar Keon.

Ridzwan melalui akaun Facebook mendakwa Khairul bersama lima rakannya, Arif Farhan Isa, Rizal Ghazali, Amirul Hisyam Awang Kechik, Syazwan Zainon, Ifwat Akmal Che Kassim dan jurulatih, Nidzam terbabit rasuah selepas Kedah kalah 0-2 kepada Johor Darul Ta’zim pada aksi final Piala Malaysia, 4 November lalu.

Bagaimanap­un, pemilik akaun Facebook itu sudah memuat naik video kelmarin dengan menyatakan permohonan maaf secara terbuka kepada semua individu berkenaan selepas laporan polis dibuat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia