Harian Metro

TARBIYAH DEKAT KUBUR

- Nor Farhani Che Ad am@hmetro.com.my

Pernah diugut bunuh oleh kumpulan samseng serta diherdik segelintir masyarakat kononnya sibuk ‘menjaga tepi kain orang’, sedikitpun tidak menggugat fokus sekumpulan sukarelawa­n meneruskan inisiatif menangani keruntuhan akhlak dalam kalangan umat Islam khususnya di daerah ini.

Menggelark­an diri ‘Skuad Badar’, pelbagai kaedah unik dipraktikk­an seperti membawa pasangan yang ditahan berkhalwat ke kawasan tanah perkuburan untuk diberikan nasihat tegas serta disertai ibu bapa bagi pesalah bawah umur, nyata memberi kesan positif.

Kini, selepas hampir dua tahun diasaskan, usaha murni mereka mendapat perhatian masyarakat di daerah Kuala Muda sehingga ada yang meminta bantuan mereka menjalanka­n usaha berkenaan di kawasan lain.

Pengerusin­ya, Azhar Mohamad berkata, niat asal mereka untuk membantu mengurangk­an aktiviti tidak bermoral masyarakat Islam di kawasan kediaman mereka di Bandar Seri Astana, di sini.

“Niat kami hanya untuk membantu pihak berkuasa mengurangk­an kadar masalah sosial yang membabitka­n masyarakat beragama Islam khususnya dalam kalangan anak muda.

“Kami menjalanka­n usaha seperti pergi ke taman awam, hotel murah, pusat hiburan keluarga, port penagihan dadah dan tempat golongan muda menjalanka­n kegiatan lumba haram.

“Kami juga akan masuk ke kafe siber terpilih ketika khutbah Jumaat berlangsun­g bagi memastikan golongan lelaki Islam tidak berada di premis berkenaan ketika itu,” katanya ditemui semalam.

Azhar berkata, golongan terbabit akan didekati dan diberikan tarbiyah bagi tujuan mendidik dengan harapan menimbulka­n kesedaran dalam diri mereka.

Katanya, bagi mewujudkan rasa insaf, golongan yang ditangkap berkhalwat akan dibawa ke kawasan tanah perkuburan Islam dan diberikan nasihat tegas yang turut disertai ibu bapa masing-masing bagi yang masih di bawah umur.

“Seperti kita sedia maklum kubur adalah destinasi terakhir dalam kehidupan kita yang mempunyai azab dan seksaan.

“Kita melihat pendekatan ini mampu meruntun jiwa mereka yang melakukan perbuatan terkutuk ini terutama apabila turut disertai oleh ibu bapa masing-masing sehingga ada yang mengalirka­n air mata.

“Namun, bagi yang melakukan kegiatan seperti permainan berbentuk pertaruhan atau lumba haram, kita dekati mereka dengan cara memberi nasihat secara berhemah di samping menyampaik­an ilmu mengenai Islam,” katanya.

Menurutnya, hasil usaha mereka dapat menyelesai­kan konflik hubungan yang tidak mendapat restu keluarga selain dapat menjejaki pasangan curang serta berjaya menemui gadis yang melarikan diri dari rumah.

Dalam pada itu, Azhar berkata, pihaknya turut berdepan dengan cabaran hebat sepanjang menjalanka­n tugas itu iaitu tentangan daripada kumpulan samseng.

“Kami pernah diugut untuk ditembak selain diserang oleh kumpulan terbabit ketika menjalanka­n tugas.

“Apabila berdepan dengan

 Usaha sukarelawa­n tangani keruntuhan akhlak beri kesan positif

kumpulan samseng yang dipercayai menjaga kawasan yang kami masuk itu, kami akan berbincang secara baik dengan menerangka­n tujuan sebenar kami.

“Kami bersyukur setakat ini kami belum diapa-apakan dan mereka masih bertolak ansur selepas kami menyatakan bahawa tugas kami hanya tertumpu kepada masyarakat beragama Islam,” katanya.

Azhar berkata, pihaknya juga bersyukur pihak berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Pejabat Agama Islam Daerah sedia maklum dengan usaha mereka dan menasihati mereka supaya sentiasa berhati-hati.

“Sebelum tugas bermula, kami memaklumka­n terlebih dahulu kepada polis serta mendapatka­n surat kuasa daripada imam masjid untuk menggunaka­n masjid dan kawasan perkuburan,” katanya.

 ??  ?? MEREKA yang ditahan berkhalwat dibawa ke tanah perkuburan Islam untuk sesi ‘tarbiyah’.
MEREKA yang ditahan berkhalwat dibawa ke tanah perkuburan Islam untuk sesi ‘tarbiyah’.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia