Harian Metro

PPR BANTU RAKYAT MILIKI RUMAH

- Hamizah Badiran hamizah@hmetro.com.my

 Pasangan akhirnya dapat ‘merasa’ kediaman sendiri selepas 12 tahun dirikan rumah tangga

emampuan kewangan menjadi faktor penting untuk meKmiliki

sebuah rumah, namun bagi mereka yang belum berkemampu­an, ‘memiliki rumah sendiri’ selalunya tidak dimasukkan dalam senarai perkara yang diberi keutamaan.

Seperti Mohd Nizam Ismail, 38, hasratnya untuk mempunyai kediaman sendiri buat keluarga tercinta hanya mampu dicapai selepas usia perkahwina­nnya dengan isteri Noorazfari­zan Shaharuddi­n, 40, mencecah angka 12 tahun.

“Sepanjang tempoh itu, kami hanya menyewa rumah flat di Puchong Perdana. Alhamdulil­lah, dua tahun lalu kami sekeluarga pindah ke Projek Perumahan Rakyat (PPR) Lembah Subang 2 ini untuk memulakan kehidupan di tempat dan suasana baru.

“Rumah ini dibeli secara tunai pada harga RM35,000 dengan menggunaka­n simpanan Akaun 2 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi tujuan pengeluara­n membeli rumah, dan kami bersyukur kerana tidak

perlu menanggung hutang pinjaman bank.

“Saya sebagai suami dan ketua keluarga kini boleh menarik nafas lega kerana sudah membelikan sebuah rumah yang selesa untuk didiami bersama isteri dan empat anak tersayang walaupun tidak sebesar mana,” katanya yang ditemui di kediamanny­a, di sini, baru-baru ini.

Menurut pemandu teksi Airport Limo Malaysia Sdn Bhd (ALM) itu, PPR Lembah Subang 2 yang disediakan Kementeria­n Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bagi golongan berpendapa­tan rendah dan sederhana amat dihargai.

Katanya, kemudahan di situ termasuk aspek pengurusan lif dan pelupusan sampah serba lengkap serta bersih berbanding di PPR lain, setakat ini.

“Masyarakat­nya juga hidup dalam keadaan berbilang kaum dan harmoni di samping terdapat pelbagai aktiviti kemasyarak­atan sering dijalankan di situ,” katanya.

Seorang lagi pembeli PPR Lembah Subang 2, Mohd Faizal Mohd Fauzi, 28, berkata dia lega dan gembira kerana segala urusan membabitka­n pembelian rumah itu berjalan lancar selepas lebih setahun memohon.

“Seperti orang lain yang mahu memiliki rumah sendiri, saya juga berkeingin­an begitu dan Alhamdulil­lah kini sudah setahun saya dan isteri menetap di sini.

“Walaupun bukan rumah banglo atau pangsapuri mewah, saya tetap bersyukur kerana diberikan rezeki ini yang bersesuaia­n dengan kemampuan pada ketika ini,” katanya yang juga seorang kakitangan awam.

Mohd Faizal juga mengucapka­n terima kasih kepada kerajaan persekutua­n khususnya KPKT yang menyediaka­n perumahan itu kepada rakyat kelas pertengaha­n dan golongan berpendapa­tan rendah atau B40 yang memerlukan anjakan dalam kehidupan dan pertumbuha­n sosial serta ekonomi.

Bagi ibu tunggal, Diwilah Shiroz, 45, walaupun dia hanya mampu untuk menyewa rumah flet di situ menerusi Skim Sewa untuk Beli (RTO) buat masa ini, namun tetap bersyukur dan seronok kerana mempunyai tempat berteduh buat diri serta anaknya Humaira Johar, 19.

“Setiap bulan saya hanya perlu membayar RM255 kepada KPKT dan jumlah itu sangat berpatutan berbanding harga sewa rumah lain.

“Sebagai seorang tukang masak sepenuh masa dan mengambil tempahan kuih-muih pada waktu lapang, pendapatan saya untuk sebulan kira-kira RM1,500 sahaja.

“Justeru, ketika saya tahu permohonan diluluskan oleh pihak KPKT, saya amat gembira dan bersyukur,” katanya.

Sementara itu, PPR Lembah Subang 2 mengandung­i 1,580 unit rumah (lima blok) dengan kemudahan lif, pejabat pengurusan, surau, dewan serbaguna, kedai, rumah sampah, padang permainan, dan tadika.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia