TAK KEJAR POPULARITI
Pengorbanan besar pemain futsal negara
tonik kejayaan pasukan
“Pencapaian di Piala AFF tempoh hari sesuatu yang membanggakan kerana sudah lama kami tidak beraksi di pentas final. Saya fikir kami berada di landasan tepat untuk terus mempamerkan peningkatan di pentas antarabangsa dengan kejohanan AFC 2018 di Taiwan menjadi detik terbaik untuk meneruskannya.
Bagi saya pencapaian yang hadir adalah menerusi pengorbanan yang tinggi kami berikan. Kami bukan mengejar dunia atau nama. Ada yang terpaksa tinggalkan keluarga, ada kehilangan kerja dan pelbagai pengorbanan lain yang kami lakukan bagi menaikkan imej futsal negara.
Intensiti kem latihan skuad negara amat tinggi dan sentiasa meningkat sehingga tiga kali sesi latihan dalam tempoh sehari. Ia bukan tugas yang mudah kerana tempoh rehat kami semakin berkurangan. Namun hasilnya adalah cukup membanggakan walaupun sekadar tempat kedua.
Jika anda melihat aksi final, jurang dengan Thailand sudah semakin hampir dengan kami terlalu hampir mengejutkan Soalan: Tahniah atas kejayaan saudara Mohd Khairul Effendy Mohd Bahrin bersama pasukan muncul naib juara Piala AFF baru-baru ini. Lebih membanggakan layak secara merit ke Kejuaraan Futsal AFC 2018 di Taiwan pada
mereka sebelum tewas 3-4 di Piala AFF. Namun kami tidak mahu bersikap mendabik dada kerana kami perlu mengakui bahawa kami masih belum mampu menewaskan mereka.
Selagi belum menewaskan Thailand, saya tidak fikir kami akan berpuas hati. Kami akan melakukannya suatu hari nanti.
Kami mengharapkan lebih banyak latihan di luar negara mampu dirancang selain aspek perlawanan bertemu dengan pasukan lebih baik bagi mengenalpasti kekurangan dan kelemahan yang masih perlu Februari depan.
Malah pada perlawanan final Piala AFF, Malaysia hampir mengejutkan Thailand selepas memberikan tentangan sengit kepada jaguh dunia itu. Apa pandangan anda tentang perkembangan skuad negara sejak kebelakangan ini?
ABDUL FIKRI SAMAH
Sungai Binjai, Klang
diperbaiki terutamanya dalam menghadapi Piala AFC yang hanya berbaki tiga bulan lagi.
Sekiranya dirancang dengan teliti, saya tidak fikir kami berdepan masalah untuk layak ke peringkat seterusnya, iaitu Piala Dunia. Tiada yang mustahil dengan kami perlu sekurang-kurangnya layak ke separuh akhir pada saingan peringkat benua nanti.
Saya sangat yakin kerana tiada yang mustahil. Banyak negara yang sudah membuktikannya apabila menjadikan sesuatu yang mustahil sebagai realiti namun ia harus hadir menerusi sokongan pelbagai pihak. Kita perlu mengubah cara pemikiran kerana untuk berjaya, usaha perlu digandakan berbanding sebelum ini. Apa yang sentiasa menjadi penghalang adalah diri
sendiri.”