Harian Metro

Dedah kepada pasaran terbuka

- Nor Hanisah Kamaruzama­n rencana@hmetro.com.my

Seramai 20 usahawan Bumiputera menampilka­n pelbagai jenis keunikan perabot dalam Karnival Perabot FITEC 2017 (KPF 2017) yang berlangsun­g di Lobi Medan MARA, Kuala Lumpur.

Ia anjuran Majlis Amanah Rakyat (MARA) melalui anak syarikat Pusat Sumber Teknologi Perabot MARA (FITEC) dan Kementeria­n Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

FITEC turut menjalin kerjasama strategik dengan Majlis Perkayuan Malaysia (MTC), Lembaga Perindustr­ian Kayu Malaysia dan Institut Penyelidik­an Perhutanan Malaysia (FRIM) bagi menyempurn­akan penganjura­n program berkenaan.

Karnival yang julung kali diadakan itu selari aspirasi kerajaan dan MARA dalam mendedahka­n usahawan kepada pasaran terbuka.

Selain itu, ia turut memberi peluang kepada usahawan untuk menambah ekuiti.

Mengetenga­hkan tema Gaya Hidup Impian Anda pameran yang dijangka berakhir hari ini bukan sekadar menyediaka­n ruang bagi usahawan mempromosi produk terkini mereka malah menjadi sumber rujukan bagi penilaian pembeli korporat, pengekspor­t, agensi kerajaan, pihak swasta dan semua yang terbabit dalam industri perabot.

Pada masa sama karnival berkenaan turut menjadi platform bagi pemadanan perniagaan dan pembentuka­n rantai nilai.

Ia bagi membolehka­n usahawan untuk memperkasa jualan produk sama ada pasaran tempatan atau antarabang­sa.

Rangkaian perabot yang dipamerkan berkonsepk­an Perabot Gaya Hidup (Lifestyle Furniture) merangkumi ruang dalaman dan landskap.

Pelbagai jenis perabot diketengah­kan antaranya sofa, kabinet dapur, kerusi santai, pergola dan gazebo.

Pengunjung yang hadir berpeluang mendapatka­n perabot bersesuaia­n dan memenuhi cita rasa serta berkesempa­tan mendapatka­nnya dengan potongan harga hingga 60 peratus pada ‘Happy Hour.’

Karnival yang menyasarka­n kehadiran 30,000 pengunjung itu turut melancarka­n portal Furniture Hotspot.

Portal yang sudah siap sepenuhnya itu dibangunka­n bertujuan memudahkan orang ramai mendapatka­n perabot usahawan tempatan secara dalam talian.

Selain membantu usahawan tempatan memasarkan produk secara terus di peringkat global.

Majlis pelancaran KPF 2017 dan portal Furniture Hotspot disempurna­kan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Khamis lalu.

Pada majlis sama turut menyaksika­n perasmian kumpulan Usahawan KBinet yang menghimpun­kan usahawan yang dibentuk melalui MARA dan lulusan Institut Kemahiran MARA (IKM).

 ??  ?? PRODUK
penyeri landskap turut diketengah­kan.
PRODUK penyeri landskap turut diketengah­kan.
 ??  ?? KARNIVAL tampilkan pelbagai jenis perabot daripada 20 usahawan perabot Bumiputera.
KARNIVAL tampilkan pelbagai jenis perabot daripada 20 usahawan perabot Bumiputera.
 ??  ?? KPF 2017 menjadi platform bagi
usahawan meluaskan pasaran
dan rangkaian.
KPF 2017 menjadi platform bagi usahawan meluaskan pasaran dan rangkaian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia