Harian Metro

‘Nila’ Vingada rosak susu sebelanga...

-

Manchester United, Jose Mourinho tidak langsung dianggap sebagai jurulatih berwibawa oleh rakyat Malaysia. Walaupun sudah berulang kali menjadi juara di beberapa negara, tetapi kebolehan beliau tidak dihormati di sini. Selepas menjuarai Liga Perdana Inggeris, La Liga, Serie A serta Primera Liga di Portugal, beliau tetap dianggap jurulatih yang gagal jika mengendali­kan pasukan kebangsaan Malaysia - sebuah negara yang unik.

Bekas pengendali Manchester United, Sir Alex Ferguson juga tidak dianggap jurulatih berwibawa oleh rakyat Malaysia. Walaupun sudah menjadi legenda, tetapi beliau tidak dihormati di sini. Kejuaraan berganda Liga Perdana Inggeris dan kebolehan membangunk­an pasukan mengikut masa, beliau tetap akan gagal jika mengendali­kan pasukan kebangsaan Malaysia.

Malaysia adalah sebuah negara yang unik, tidak mempunyai pemain yang berkualiti kata ‘masyarakat bola sepak’ di sini. Walaupun ada tiga tangga liga profesiona­l iaitu Super, Perdana serta FAM, kita tetap tidak mempunyai pemain berkualiti. Pada masa akan datang pula akan ada Divisyen Empat untuk menambahka­n pemain yang tidak berkualiti.

Malaysia mempunyai struktur pembanguna­n bola sepak yang kukuh dengan pembanguna­n sekolah sukan. Bermulanya sebagai hanya sebuah sekolah sukan, Sekolah Sukan Bukit Jalil kini sudah mempunyai tapak di hampir semua negeri.

Bermula dari tingkatan satu hingga tingkatan lima, pemain bola sepak berbakat menerima lima tahun kuliah bola sepak. Jangkamasa yang begitu panjang, dari umur tiga belas tahun hingga tujuh belas tahun. Di‘sekolahkan’ dalam segala aspek bola sepak.

Dua tahun berikutnya, mereka menjadi pemain Piala Belia dan seterusnya bertambah lagi ‘pembanguna­n’ selama dua tahun sebagai wakil ke Piala Presiden.

Selepas sembilan tahun mengalami pembanguna­n sebagai pemain bola sepak, maka mereka diikat dengan kontrak profesiona­l sebagai pemain yang tidak berkualiti.

Persatuan serta kelab bola sepak di Malaysia ini menandatan­gani kontrak lumayan dengan pemain walaupun mereka tidak berkualiti.

Pemain yang bangkit ke pasukan kebangsaan juga tidak ada kualiti.

Inilah rintihan yang kedengaran selepas pasukan senior Malaysia, gagal meraikan sebarang kemenangan sepanjang 2017.

Pasukan kebangsaan Bawah 22 tahun berjaya melayakkan diri ke Kejohanan Bawah 23 AFC. Ada kualiti ke pemain ini?

Pasukan kebangsaan Bawah 19 Tahun pula berjaya melayakkan diri ke Kejohanan Bawah 19 AFC. Ada kualiti ke pemain ini?

Lihat sahajalah situasi kekecohan yang melanda bola sepak Malaysia. Seakan-akan perang saudara.

Apa yang berlaku, celaan serta cacian di setiap peringkat walaupun ia dengan niat untuk mengatur semula struktur bola sepak. Usaha Kementeria­n Pelajaran dengan sekolah sukan hinggalah ke persembaha­n pemain terbaik di Malaysia, Safiq Rahim, segala-galanya musnah!

Nama baik Jose Mourinho dan Sir Alex Ferguson pun di heret dalam lumpur.

Pasukan yang bertanding di Piala Asia 2019 sudah bertambah ke 24 pasukan berbanding 16 pasukan yang bersaing di Piala Asia 2015 dan ia membawa harapan serta cita-cita penyokong bola sepak.

“Disebabkan nila setitik maka rosak susu sebelanga”.

Nila yang saya maksudkan ialah Nelo Vingada.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia