Harian Metro

Tomic masih ragu

-

Melbourne: Bernard Tomic

ditawarkan beraksi menerusi tiket wild card pada perlawanan playoff membabitka­n 16 pemain bulan depan untuk penyertaan ke Terbuka Australia, Januari ini, namun pemain itu belum membuat keputusan mengenainy­a, menurut penganjur, semalam.

(gambar)

Pemain berusia 25 tahun itu terperosok ke tangga ke-143 dunia selepas melalui detik sukar sepanjang musim ini apabila hanya mencatat 10 kemenangan dalam 19 perlawanan.

Keengganan mewakili negaranya menambahka­n lagi ketegangan dengan Tennis Australia dan kapten Piala Davis, Lleyton Hewitt berkata, Tomic perlu membuktika­n komitmenny­a.

“Dia melalui musim yang sukar dan memerlukan perlawanan untuk memastikan­nya kompetitif di Terbuka Australia.

“Kami tahu keupayaann­ya tapi dia juga perlu kembali bangkit kepada prestasi sebenar dan fokus kepada apa yang dilakukan ketika ini. Kami tidak mungkin akan membuat sebarang keputusan mengenai tiket wild card hinggalah dapat saksikan apa yang berlaku pada perlawanan playoff,” katanya.

Pengurusan Tomic awal bulan ini berkata, pemain yang pernah layak hingga ke suku akhir Wimbledon itu mungkin akan beraksi di kempen kelayakan untuk kejohanan Antarabang­sa Brisbane dan Terbuka Australia.

Pemain Australia yang menduduki ranking ke-211 dunia, Thanasi Kokkinakis, meraih tiket wild card pada Grand Slam pertama minggu lalu.

Tennis Australia mempunyai pertimbang­an untuk memberikan empat tiket wild card dalam acara perseorang­an lelaki.

Dua menerusi pemenang daripada perlawanan playoff di Melbourne dan Zhuhai sementara dua lagi di bawah perjanjian timbal balik dengan penganjur Terbuka Perancis dan Amerika Syarikat. - Reuters

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia