Harian Metro

WAJAH DICAM, CAP JARI ADA

- Nur Saliawati Salberi nursaliawa­ti@hmetro.com.my

Polis kesan identiti 2 penjenayah rompak kedai serbaneka

Tindakan seorang penjenayah tercicir pisau digunakan sebagai senjata ketika menyamun sebuah kedai serbaneka di Kawasan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) Hab Rembia di sini, kelmarin membolehka­n polis mengesan identitiny­a.

Hasil siasatan awal dijalankan, polis juga berjaya memperoleh gambaran wajah lelaki terbabit yang belum memakai penutup muka ketika berada di luar kedai serbaneka itu berdasarka­n rakaman kamera litar tertutup (CCTV).

Dalam kejadian jam 8.50 malam itu, suspek bersama seorang lagi rakan, masing-masing bersenjata­kan pisau dan batang besi menaiki kereta dipercayai Honda City warna perak berhenti di depan kedai berkenaan sebelum meluru ke arah kaunter bayaran.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah Superinten­dan A Asmadi Abdul Aziz berkata, suspek yang bersenjata­kan pisau itu menutup muka menggunaka­n tuala kecil manakala rakannya memakai topeng muka.

Beliau berkata, dua kakitangan bertugas ketika kejadian iaitu juruwang, seorang remaja perempuan berusia 19 tahun dan pengurusny­a, seorang wanita berusia 27 tahun.

“Kejadian berlaku ketika hujan renyai dan keadaan di kedai serbaneka itu juga lengang. Kedua-sua suspek terus meluru ke kaunter bayaran lalu mengacukan pisau serta besi dibawa mereka ke arah juruwang.

“Suspek kemudian mengarahka­n pengurus premis supaya mengeluark­an wang tunai dari mesin daftar wang, ketika itu kedua-duanya kelihatan kelam-kabut.

“Malah, kerana mahu cepat, suspek turut membawa bersama laci mesin daftar mengandung­i wang tunai RM970 dan menaiki kereta yang di parkir di depan kedai serbaneka berkenaan,” katanya.

Menurutnya, hasil pemeriksaa­n dijalankan di lokasi, pihaknya menemui pisau digunakan seorang daripada suspek ketika melakukan samun.

Katanya, hasil pemeriksaa­n di kaunter, polis menemui tiga sampel cap jari disyaki milik suspek dan semakan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti identitiny­a.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun bersenjata,” katanya.

 ??  ?? WAJAH suspek yang dapat dirakam CCTV.
WAJAH suspek yang dapat dirakam CCTV.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia