Harian Metro

4 KALI WAKILI NEGARA

- Mohd Rafi Mamat am@hmetro.com

Pasukan Dex’rac sekali lagi sertai Formula One In School World Finals di Singapura

Johor Bahru: Video bertajuk Tekanan Atmosfera ciptaan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tinggi Kajang, Selangor dipilih sebagai juara Pertanding­an Video Sains, Teknologi, Kejurutera­an dan Matematik (STEM) bagi kategori sekolah menengah atas anjuran Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menerusi Projek STEMazing UTMLead.

Naib juara milik Sekolah Menengah Teknik Johor Bahru dan ketiga SMK Taman Selesa Jaya 2. Manakala kategori menengah rendah, SMK Ulu Tiram menerusi video bertajuk Tekanan Udara muncul juara, disusuli SMK Mutiara Rini sebagai naib juara dan tempat ketiga SMK Dato Jaafar.

Masing-masing menerima hadiah bernilai RM1,200, RM1,000 dan RM700.

Guru Pengiring SMK Tinggi Kajang yang juga guru matapelaja­ran Fizik, Suhaiza Md Saat berkata, video berdurasi lima minit itu menerangka­n mengenai tekanan atmosfera yang berlaku dalam kehidupan seharian.

Dia turut memberi tunjuk ajar dan nasihat kepada dua pelajar tingkatan empat dan lima yang melakukan eksperimen berkenaan.

“Dalam video STEM, kami menerapkan aplikasi tekanan atmosfera dalam kehidupan seharian. Video ini memperliha­tkan terdapat tekanan atmosfera dalam perlakuan pembersiha­n menggunaka­n penyedut hampagas (vakum),

Pasukan Dex’rac yang mewakili Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultanah Hajjah Kalsom (SHAKS) di sini, muncul pasukan pertama membawa cabaran negara empat tahun berturut-turut pada pertanding­an

Kali pertama bersaing pada 2013 diikuti 2016 dan 2017, selepas meraih kejayaan pada pertanding­an peringkat zon timur dan kebangsaan di Negeri Sembilan tahun ini, pasukan berkenaan sekali lagi layak mewakili negara di Singapura, September tahun depan.

Guru penasihat Hasfasuria­zal Hasman berkata, setiap tahun hanya tiga sekolah layak mewakili negara pada pertanding­an peringkat antarabang­sa selepas mencatat keputusan terbaik pada saingan peringkat kebangsaan.

Menurutnya, pencapaian terbaik SHAKS di peringkat antarabang­sa apabila merangkul anugerah pasukan terbaik Asia pada 2016 di Amerika Syarikat selain kepantasan beberapa kriteria lain seperti reka bentuk kereta, jumlah penaja dan pencapaian turut menjadi faktor kejayaan pasukan.

Katanya, kepantasan kereta 1.03 saat yang dicatatkan adalah rekod kebangsaan dan dengan berat kereta 50 gram, kejayaan mampu berpihak kepada pasukannya.

“Persiapan lebih rancak oleh pelajar dan guru akan dilakukan awal tahun depan. Pasukan Dex’rac diwakili empat pelajar tingkatan empat, Ainul Jannah Hasim, Nur Sabrina Riduan, Nur

Alia Natasha Amizi dan Ahmad Faris Zikri. Mereka kali pertama mewakili SHAKS dalam pertanding­an peringkat zon timur dan kebangsaan, seterusnya Formula One In School World Finals 2018,” katanya.

Beliau ditemui pada Majlis Penghargaa­n Khas Kecemerlan­gan Pasukan

SHAKS yang disempurna­kan Pengarah Jabatan Pendidikan Pahang Datuk Rosdi Ismail, semalam.

Hadir sama, Pengetua SHAKS Mahazir Hanapiah.

Hasfasuria­zal berkata, kerjasama guru dan pengetua turut menjadi pencetus kejayaan pasukan Dex’rac pada pertanding­an formula one peringkat zon timur dan kebangsaan.

 ??  ?? SUHAIZA (tengah) bersama anak muridnya dari SMK Tinggi Kajang menjuarai pertanding­an video STEM kategori menengah atas.
SUHAIZA (tengah) bersama anak muridnya dari SMK Tinggi Kajang menjuarai pertanding­an video STEM kategori menengah atas.
 ??  ?? HASFASURIA­ZAL (berbaju hitam) bersama pelajar SMK Sultanah Hajjah Kalsom (SHAKS) menghasilk­an kereta untuk mewakili negara pada pertanding­an Formula One In School World Finals di Singapura 2018.
HASFASURIA­ZAL (berbaju hitam) bersama pelajar SMK Sultanah Hajjah Kalsom (SHAKS) menghasilk­an kereta untuk mewakili negara pada pertanding­an Formula One In School World Finals di Singapura 2018.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia