Harian Metro

Harus masuki masjid berkasut

-

1. Adakah masih dikira haram ke atas perempuan kedatangan haid duduk dan berhenti di dalam masjid jika dia cuma khuatir akan mengotori rumah Allah itu?

Bagaimana pula jika bangunan itu adalah madrasah atau tempat belajar agama?

Tetap dihukum haram ke atas perempuan yang kedatangan haid masuk ke dalam masjid walaupun dia yakin darahnya tidak akan menitis ke lantai masjid.

Berlainan dengan bangunan madrasah atau tempat belajar agama, tidaklah haram kecuali apabila dia yakin akan mengotorka­n tempat itu dengan darah haidnya, maka ia diharamkan.

2. Bagaimana bagi seseorang yang masuk ke dalam masjid dengan memakai kasut tanpa berlapik jika dia yakin tidak akan mengotorka­n rumah Allah itu?

Harus bagi seseorang masuk ke dalam masjid dengan memakai kasut jika dia yakin tidak akan mengotorka­n rumah

Allah itu.

Cuma bagi memuliakan masjid sebagai tempat suci sedangkan kasut yang dipakainya sering kali memijak sesuatu yang kotor lagi bernajis, maka tidak digalakkan memakai kasut.

3. Seorang suami bimbang akan melakukan zina dan dia memang tidak mampu untuk menahan dirinya daripada melakukan persetubuh­an.

Adakah pada ketika itu dia diharuskan melakukan persetubuh­an dengan isterinya yang kedatangan haid atau tidak?

Harus jika tiada cara lain untuk mengelakka­n daripada melakukan perzinaan.

4. Seseorang dalam keadaan berbelah bagi antara mengeluark­an air mani dengan tangannya atau menyetubuh­i isterinya dalam keadaan haid kerana bimbang dia akan terbabit dengan zina.

Adakah satu gambaran dalam masalah seperti ini iaitu melakukan persetubuh­an ketika haid atau selepas putus haid tetapi sebelum mandi hadas besar.

Hendaklah seseorang itu mendahuluk­an dengan mengeluark­an air maninya dengan tangan kerana dalam keadaan demikian kita gambarkan isterinya seolah-olah masih dalam haid.

Jika dia ingin bersama isterinya selepas putus haid tetapi belum lagi mengangkat hadas besar, maka dalam keadaan itu Imam Ahmad Ibn Hanbal berkata, hendaklah dia dahulukan dengan mengeluark­an maninya dengan tangannya.

Al-Imam Abu Hanifah pula berkata, dalam keadaan demikian diharuskan dia menyetubuh­i isterinya.

5. Apakah hukum seorang suami menyetubuh­i isterinya ketika baru kering haid tetapi belum mengangkat hadas besar?

Adakah dikira haram dan jadi fasiq atau dikenakan denda hukum takzir?

Haram bagi seorang suami menyetubuh­i isterinya walaupun ketika kering haid selagi dia belum mandi. Perbuatan itu tidak dihukum sebagai fasik dan tidak dikenakan hukum takzir.

Melainkan jika kes itu dibawa ke mahkamah syariah dan hakim membuat keputusan menghalang­nya daripada melakukan perkara berkenaan tetapi jika dia lakukan juga, barulah dia dikenakan takzir.

Sumber: Furu’ Al-Masa’il Wa Usul Al-Wasa’il oleh Maulana Al-Syeikh Daud Abdullah Al-Fathani dan disusun Datuk Abu Hasan Din Al-Hafiz

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia