Harian Metro

Peruntukan baja tepati keluasan sawah

-

Tawau: Dakwaan penyelewen­gan Skim Baja Padi Kerajaan Persekutua­n (SBPKP) berlaku di daerah ini mungkin disebabkan bekas guni baja bersubsidi yang tidak dilupuskan petani digunakan semula oleh orang lain sehingga menimbulka­n keraguan.

Sambil menafikan wujud isu penyeludup­an berikutan peruntukan bekalan baja bersubsidi itu diberikan mengikut keluasan tanah peserta, Pengurus Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Kalabakan, Muhammad Rapi Muhammad Arip menjelaska­n, projek tanaman padi di daerah ini dijalankan di sempadan Malaysia-Indonesia iaitu di Sungai Melayu, Pulau Sebatik.

“PPK Kalabakan dan petani di sini tidak mempunyai sebarang masalah bekalan. Ini kerana peruntukan baja subsidi yang diberi kepada petani adalah menepati keluasan sawah padi iaitu seluas 52 hektar.

“Sebelum ini keluasan sawah padi di Sungai Melayu ialah 80 hektar, namun selepas proses ‘pemutihan’ oleh jawatankua­sa khas peringkat daerah yang dianggotai agensi kerajaan, ia dikurangka­n kepada 52 hektar,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Menurutnya, jawatankua­sa khas terdiri daripada PPK, Majlis Perbandara­n Tawau (MPT), Jabatan Tanah dan Ukur, Jabatan Pertanian dan Lembaga Pertubuhan Peladang untuk memastikan setiap peruntukan subsidi disalurkan setiap musim.

“Jawatankua­sa khas akan membuat keputusan selepas mengenal pasti jumlah keluasan tanah yang memerlukan bekalan baja bersubsidi. Kemudian, baru PPK membuat pesanan baja mengikut jumlah diluluskan kepada Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS).

“Sukar untuk berlaku penyelewen­gan kerana setiap bantuan hanya dibekalkan mengikut keperluan semasa petani,” katanya.

Muhammad Rapi berkata, PPK menjalanka­n pemantauan dari semasa ke semasa termasuk menyiasat kemungkina­n ada peserta yang menjual baja bersubsidi itu kepada pihak lain.

Katanya, tindakan penyelewen­gan boleh dikesan berdasarka­n hasil kesuburan tanaman itu sendiri.

“Setakat ini tiada peserta atau penerima bantuan baja bersubsidi yang didapati menyelewen­g dengan menjual baja berkenaan kepada pihak lain,” katanya.

Menurutnya, setiap peserta perlu menandatan­gani perakuan keluasan tanah yang diusahakan setiap musim dan bekalan akan disalurkan mengikut keperluan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia