Harian Metro

Salah faham bekas guni diisi barang lain

-

Tawau: Peserta projek tanaman padi di Sungai Melayu, Pulau Sebatik, dekat sini, mendakwa tuduhan penyelewen­gan Skim Baja Padi Kerajaan Persekutua­n (SBPKP) menerusi penyeludup­an baja itu ke negara jiran hanya disebabkan salah faham.

Ketua projek, Sahri Sundu, 39, berkata, dakwaan itu mungkin disebabkan orang awam melihat guni baja terbabit dibawa keluar dari daerah ini.

“Sebaliknya guni berkenaan yang bajanya sudah digunakan hanya dikitar semula untuk diisi barangan lain,” katanya kepada Harian Metro.

Beliau berkata, setakat ini tidak ada masalah yang timbul membabitka­n kes penyelewen­gan skim itu memandangk­an barangan berkenaan dikawal sepenuhnya oleh Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS).

Katanya, baja subsidi itu juga sukar untuk diseludup kerana Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Kalabakan hanya akan melakukan pesanan baja mengikut jumlah yang diluluskan NAFAS.

“Jika dilihat secara dasarnya, baja terbabit mudah diseludup. Namun, hakikatnya kes seperti ini sukar berlaku kerana ia adalah barang yang terkawal.

“Saya sudah 10 tahun mengikuti projek tanaman padi ini, namun masalah (penyeludup­an baja ke negara jiran) ini belum pernah lagi berlaku,” katanya.

Pengendali stor baja bersubsidi di Sungai Melayu, Muhammad Khairul Samrih, 20, berkata, kejadian seleweng bekalan baja subsidi tidak berlaku kerana pihaknya merekodkan setiap kemasukan dan penggunaan baja berkenaan.

Katanya, masalah yang sering dihadapi adalah apabila baja subsidi yang dibawa menggunaka­n bot menuju Sungai Melayu lebih mudah rosak akibat terkena hujan atau air laut.

“Bagaimanap­un, semua baja yang rosak juga akan diguna disebabkan peruntukan baja hanya cukup untuk tanah sawah seluas 52 hektar yang diusahakan petani di Sungai Melayu.

“Oleh sebab itu, saya menegaskan bahawa masalah penyeludup­an baja subsidi kerajaan ini tidak timbul sama sekali kerana petani diberikan bekalan yang mencukupi mengikut keluasan tanah,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tawau Asisten Komisioner Fadil Marsus berkata, setakat ini pihaknya belum pernah melakukan tangkapan berhubung penyeludup­an SBPKP.

Bagaimanap­un, pihaknya akan sentiasa menjalanka­n pemantauan dari semasa ke semasa bagi membantera­s kes penyeludup­an barangan kawalan dan bersubsidi ke negara jiran.

 ??  ?? SAWAH padi di Sungai Melayu, Pulau Sebatik.
SAWAH padi di Sungai Melayu, Pulau Sebatik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia