Harian Metro

SMS LUCAH BIKIN SAKIT HATI

- Raja Noraina Raja Rahim am@hmetro.com.my

Dua pegawai perubatan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, semalam, atas pertuduhan menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) lucah kepada seorang wanita, tiga tahun lalu.

Nur Zeland Ithnin, 57, yang bertugas di sebuah klinik di Rompin, Pahang berdepan tujuh pertuduhan manakala rakannya Othman Kadir, 58, yang bertugas di Jasin, Melaka, berdepan tiga pertuduhan.

Bagaimanap­un, kedua-dua tertuduh mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Ahmad Fairuz Mohd Puzi.

Nur Zeland didakwa secara sedar membuat dan memulakan penghantar­an tujuh komunikasi bersifat lucah ke nombor telefon milik mangsa dengan niat menyakitka­n hati.

Perbuatan itu didakwa dilakukan antara 5.26 pagi hingga 9.20 pagi pada 16 hingga 19 Ogos 2014 yang mana SMS itu dibaca di sebuah rumah di Bandar Baru Sunggala, Port Dickson.

Berikutan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a), Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 233(3), akta sama membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara hingga setahun, jika disabitkan kesalahan.

Selain itu, Othman

Dua pegawai perubatan mengaku tidak

bersalah

turut didakwa melakukan perbuatan berkenaan terhadap wanita sama antara 12.29 tengah malam hingga 4.03 pagi pada 6 hingga 7 Ogos 2014. Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Nazrul Nizam Mohd Zameri manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah membenarka­n Nur Zeland diikat jamin RM1,500 dan Othman RM1,000 selain menetapkan 27 Disember depan untuk sebutan semula kes.

 ?? FOTO: HAZREEN MOHAMAD ?? NUR Zeland (kanan) dan Othman hadir ke mahkamah bagi berdepan pertuduhan masing-masing, semalam.
FOTO: HAZREEN MOHAMAD NUR Zeland (kanan) dan Othman hadir ke mahkamah bagi berdepan pertuduhan masing-masing, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia