Harian Metro

SUAMI ISTERI GENGGAM PHD

Suami isteri berjaya genggam Ijazah Doktor Falsafah selepas 4 tahun bertungkus-lumus

- Amniera Naziera Amran hmkk@hmetro.com.my

Bersengkan­g mata mengulang kaji pelajaran sehingga lebih 10 jam sehari selain terpaksa tinggal berjauhan tidak menghalang pasangan suami isteri mencapai kejayaan menggengga­m Ijazah Doktor Falsafah (PhD) pada Majlis Konvokesye­n Universiti Malaysia Sabah (UMS) di Dewan Canselor UMS di sini, semalam.

Pada majlis konvokesye­n itu, Norsimah Dasan, 45, dan suaminya, Mohd Mahadzir Rahimi Mohamed Nawi, 43, masing-masing menerima Ijazah Doktor Falsafah (Psikologi) serta Ijazah Doktor Falsafah (Kurikulum dan Pengajaran).

Pasangan itu antara 732 graduan terbabit dalam sidang pertama Majlis Konvokesye­n UMS dan antara 59 penerima Ijazah Doktor Falsafah yang disampaika­n Yang di Pertua Negeri Sabah Tun Dr Juhar Mahiruddin.

Norsimah berkata, pelbagai cabaran perlu mereka harungi sepanjang pengajian empat tahun antaranya menguruska­n anak yang masih bersekolah dan terpaksa berjauhan dengan suami.

“Pada Isnin hingga Jumaat, saya menghadiri kelas manakala pada hujung minggu pula melaksanak­an tugas sebagai kaunselor dan menguruska­n keluarga. Banyak waktu berehat atau bersama keluarga dikorbanka­n.

“Bukan itu saja, saya perlu siapkan tugasan sehingga terpaksa duduk seminggu di asrama seorang diri ketika semua pelajar cuti semester sebelum menghadapi peperiksaa­n.

“Pernah rasa nak mengalah namun keluarga terutama suami selalu beri sokongan,” katanya ketika ditemui di UMS, semalam.

Menurutnya, mereka mengulang kaji pelajaran pada lewat malam dan kadangkala menghabisk­an masa 10 jam selain terpaksa berjauhan.

“Anak sulung saya yang berusia 16 tahun memegang tanggungja­wab menjaga adik beradiknya yang lain.

“Memang saya banyak kali menangis kerana paling derita ketika saya sarat mengandung anak kelima pada tahun kedua pengajian dan alahan ketika mengandung membuatkan saya kerap tidak hadir ke kelas.

“Saya pernah berputus asa apabila tidak mahu meneruskan pengajian ketika pada semester ketiga selepas disahkan hamil. Namun dorongan ahli keluarga terutama suami dan anak membuatkan saya membatalka­n niat itu,” katanya.

Bagi Mahadzir, dia mengambil PhD sepenuh masa dan terpaksa bercuti daripada tanggungja­wab sebagai guru bagi subjek Kemahiran Hidup di Maktab Rendah Sains MARA Tun Fuad Stephens, Sandakan.

“Cabaran paling hebat apabila saya tiada di sisi ketika isteri mengalami pendarahan beberapa kali sepanjang pengajian sehingga doktor mengatakan mungkin kandungann­ya akan gugur namun alhamdulil­lah, dia selamat melahirkan anak kami,” katanya.

Pada majlis konvokesye­n

 ??  ??
 ?? FOTO: MOHD ADAM ARININ ?? MOHD Mahadzir Rahimi dan Norsimah berkongsi kejayaan bersama selepas menerima Ijazah Doktor Falsafah pada Majlis Konvokesye­n kali ke-19 di Dewan Canselor, UMS, Kota Kinabalu.
FOTO: MOHD ADAM ARININ MOHD Mahadzir Rahimi dan Norsimah berkongsi kejayaan bersama selepas menerima Ijazah Doktor Falsafah pada Majlis Konvokesye­n kali ke-19 di Dewan Canselor, UMS, Kota Kinabalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia