Harian Metro

SESAK LEBIH DUA KILOMETER

- Fardy Bungga fardy@hmetro.com.my

Jalan sesak terutama pada waktu puncak. Itu masalah yang dihadapi penduduk di Jalan Kionsom, Inanam, di sini, berikutan keadaan jalan satu lorong bagi setiap hala ketika ini.

Setiap hari, Jalan

Kionsom digunakan lebih 500 kenderaan dan menjadi laluan keluar masuk utama bagi penduduk di puluhan kampung di sepanjang jalan berkenaan untuk ke pekan Inanam.

Ini menyebabka­n ada kalanya kesesakan lalu lintas sepanjang kira-kira dua kilometer, terutama pada sebelah pagi dan petang.

Ia amat ketara ketika penduduk keluar bekerja dan pulang ke rumah.

Masalah yang sudah berlarutan sejak beberapa tahun itu dijangka semakin buruk dengan pertambaha­n penduduk apabila lebih banyak projek pembanguna­n perumahan dibina di sepanjang jalan berkenaan.

Ketika ini, terdapat satu laluan alternatif untuk penduduk keluar ke pekan Inanam, namun keadaan jalan itu yang berlubang dan tidak sempurna membuatkan ramai pengguna jalan raya memilih untuk melalui Jalan Kionsom.

Penduduk Kampung Pomotdon, Felix Vun, 42, berkata, dia menggunaka­n Jalan Kionsom untuk ke tempat kerja dan terpaksa menempuh kesesakan lalu lintas yang agak lama hampir setiap hari.

Katanya, kesesakan itu berlaku disebabkan hanya ada satu lorong di setiap hala.

“Ada sekolah dan klinik kesihatan di sepanjang jalan berkenaan juga menyumbang kepada jumlah pertambaha­n kenderaan.

“Sehubungan itu, penduduk berharap pihak berkuasa mengambil perhatian terhadap masalah yang dihadapi penduduk di sini,” katanya kepada Metro Ahad di sini, baru-baru ini.

Menurutnya, kemalangan sering berlaku di jalan itu kerana ada pengguna yang memberhent­ikan kenderaan dengan menekan brek secara mengejut dan terburu-buru.

“Justeru, kami memohon pihak berwajib supaya mempertimb­angkan cadangan untuk menambah lorong ataupun membina laluan baru bagi membantu pengguna jalan raya.

“Ia bagi mengelak

Jalan Kionsom, Inanam hanya

ada satu lorong di setiap hala

penduduk terus berdepan masalah kesesakan jalan terutama pada awal pagi dan petang,” katanya.

Menurutnya, apa yang menjadi kebimbanga­n penduduk di sini adalah apabila beberapa lagi perumahan, dengan ada yang sedang dibina, baru siap dan mula diduduki penghuniny­a.

“Ini akan menambah jumlah penduduk, sekali gus pengguna jalan raya di kawasan berkenaan,” katanya.

Pekerja swasta, Nicholas Kitchau Goringo, 58, berkata, masalah itu sudah berlarutan terlalu lama.

“Laluan alternatif yang ada ketika ini pula sangat sempit dan berlubang. Tidak ramai yang mahu melalui jalan berkenaan kerana bimbang ia menyebabka­n kenderaan rosak.

“Pada masa sama, bayangkan sekiranya berlaku kecemasan... sukar untuk bomba atau ambulans melalui jalan berkenaan,” katanya.

Nicholas berharap, pihak berwajib membantu menyelesai­kan isu ini secepat mungkin sebelum masalah itu menjadi lebih serius. menyedari ada jalan alternatif yang dibina untuk melancarka­n trafik di jalan itu.

Namun, katanya, keadaan jalan yang tidak sempurna mengakibat­kan ramai pengguna tidak mahu menggunaka­n jalan berkenaan.

“Walaupun sudah beberapa kali diperbaiki, keadaan jalan itu sering rosak akibat turut digunakan kenderaan berat,” katanya.

 ??  ?? KEADAAN sekitar Jalan Kionsom dekat Inanam yang sesak pada waktu puncak.
KEADAAN sekitar Jalan Kionsom dekat Inanam yang sesak pada waktu puncak.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? LALUAN alternatif yang rosak.
LALUAN alternatif yang rosak.
 ??  ?? FELIX
FELIX

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia