Harian Metro

Monster terbaru kecil berkuasa

-

Ducati tawarkan legenda ‘Italian naked’ pada harga kompetitif

(Paparan ini boleh ditonton dalam Berita TV9 hari ini jam 12 tengah hari

dan 8 malam) berkuasa untuk disesuaika­n dengan penunggang semua tahap ketinggian.

Monster 797 adalah varian terbaru menggantik­an Monster

696 dan 796 yang sudah dikeluarka­n daripada pasaran sejak dua tahun lalu.

Melihat luaran jentera ini, ia dilengkapk­an tangki minyak persis Monster 1200 manakala kerangka masih diselaputi keluli Trellis.

Ketinggian pelana Monster 797 masih sama dengan Monster 821 manakala berat kering adalah 192.7 kilogram.

Dijana enjin V-Twin 803cc dengan 75 kuasa kuda (hp) pada 8,250rpm dan tork 68.9Nm pada 5,750rpm, yang serupa jentera digunakan bagi model Ducati Scrambler.

Ekzos dengan rekaan baru pada sisi kanan jentera menghasilk­an deruman ‘mengancam’, digabungka­n bersama transmisi enam kelajuan dengan klac kawalan kabel APTC menjanjika­n kemasukan gear lebih lembut.

Selain itu ‘slipper clutch’ membantu penunggang mengawal kenderaan dengan baik khususnya ketika gear diturunkan secara mendadak.

Paparan meter LCD memaparkan pelbagai info dan menariknya, port USB pada bawah pelana membolehka­n penunggang mengecaj telefon bimbit atau sistem navigasi selain akses Sistem Multimedia Ducati (DMS).

Meskipun jentera ini adalah model asas Monster, ia tetap direka dengan ciri terbaik. Fork hadapan Kayaba 43mm dengan penyerap hentakan Sachs memastikan tunggangan sentiasa selesa dan stabil.

Dari segi keselamata­n, brek cakera Brembo 320mm bersama Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) Bosch memastikan motosikal ini dapat dihentikan dalam jarak singkat.

Kelajuan maksimum direkodkan penulis pula adalah sekitar 230 kilometer sejam (km/j).

Secara keseluruha­n, Ducati Monster 797 memberi pengalaman baru dan disifatkan sebagai motosikal berkuasa tinggi yang ringan serta mudah dikawal. Ia dijual pada harga sekitar RM55,900.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia