Harian Metro

Yakin boleh pergi jauh

- Norhayati Nordin yati@hmetro.com.my

Minat mendalam terhadap dunia nyanyian menyuntik keberanian Mimah Zulkifli, 21, untuk mencuba nasib.

Meskipun menyedari persaingan sangat sengit, penyanyi muda ini sanggup berdepan apa sahaja risiko.

Mimah atau nama sebenarnya Nurul Zaimah Zulkifli berkata, dia mula berjinak-jinak dengan bidang ini pada 2013.

“Ketika itu, saya menghadiri uji bakat anjuran KRU Studio tetapi sayang tiada rezeki.

“Saya tidak berputus asa dan terus mencuba hinggalah bertemu penerbit Sheikh Qalam.

“Syukur, dia nampak bakat saya dan sudi memberikan peluang,” katanya.

Sebagai perkenalan, Mimah mempertaru­hkan single ciptaannya, Usah Mendua.

Bergenre pop balada, single ini dihasilkan Mimah empat tahun lalu.

“Lagu Usah Mendua sudah lama saya cipta. Namun, sayangnya ketika itu tiada peluang untuk mengetenga­hkannya,” katanya.

Mimah meletakkan harapan tinggi terhadap single itu dan berharap ia dapat diterima ramai.

“Saya tahu kini lagu ‘tangkap leleh’ ala era 1990-an mendapat tempat di hati pencinta muzik tempatan.

“Namun, saya tidak gentar kerana percaya setiap karya ada kelebihan tersendiri.

“Diharap pendengar suka lagu saya dan memberikan sokongan,” katanya.

Mengakui selesa bekerja di bawah bimbingan Sheikh Qalam, dia berterima kasih kepada penerbit itu kerana banyak membantuny­a.

“Dengan pengalaman yang ada, dia membantu mengenal pasti hala tuju muzik saya.

“Saya yakin dengan kepakarann­ya, saya dapat pergi jauh dalam bidang ini,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia