Harian Metro

DORTMUND MAKIN MALANG

- Reuters

 Rekod kekalahan keempat selepas ditundukka­n Stuttgart dalam lima aksi terakhir Bundesliga

Borussia Dortmund terus dirundung malang apabila tunduk 1-2 di tangan VfB Stuttgart awal pagi semalam sekali gus merekod kekalahan keempat dalam lima aksi terakhir Bundesliga.

Pasukan yang bermula cemerlang dengan meraih enam kemenangan dalam tujuh aksi awal musim ini kini sudah hilang sentuhan, apabila gagal meraih sebarang kemenangan sejak September lalu, sekali gus memberi tekanan kepada pengendali­nya, Peter Bosz.

Dortmund yang akan bertemu Tottenham Hotspur pada aksi Liga Juara-Juara minggu depan kekal di tangga ketiga liga dengan 20 mata, enam mata di belakang pendahulu Bundesliga, Bayern Munich.

“Kekalahan ini sememangny­a memeritkan. Kami hadir ke sini untuk menang, jadi kami begitu kecewa. Sungguh tidak masuk akal jika melihat cara kami dibolosi,” kata Bosz.

“Namun kami bangkit dengan corak permainan lebih baik selepas dibolosi gol pertama. Apapun, nasib tidak menyebelah­i kami pada babak kedua, tapi kami tidak akan berputus asa. Kami akan terus berjuang.”

Dalam aksi itu, hantaran ke belakang Marc Bartra dihukum Chardac Akolo yang mudah memberikan gol pembukaan buat Stuttgart seawal minit kelima.

Dortmund kembali menguasai permainan, namun ketiadaan penggempur berbisa mereka, Pierre-Emerick Aubameyang yang digantung menyebabka­n mereka gagal menyudahka­n peluang yang terhidang.

Gol penyamaan Dortmund dihasilkan oleh Maximilian Philipp yang meledak masuk bola selepas sepakan penalti Andre Schuerrle ditepis.

Namun, Josip Brekalo menghukum kerapuhan benteng pertahanan Dortmund apabila meledak gol kemenangan enam minit selepas babak kedua bersambung.

 ??  ?? PEMAIN Dortmund sugul selepas kecundang 1-2.
PEMAIN Dortmund sugul selepas kecundang 1-2.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia