Harian Metro

TRUMP HARGAI PERSAHABAT­AN

- BERNAMA

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak adalah rakan yang boleh dipercayai Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dan menjadi rakan yang diberikan perhatian penting termasuk dalam isu yang diketengah­kan Malaysia.

Itu kesimpulan Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman yang melihat dan menilai keselesaan dan penghargaa­n Presiden Trump terhadap Najib terutama ketika menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN dan sidang kemuncak berkaitan di Manila, Filipina baru-baru ini.

Berkongsi pengalaman penyertaan­nya itu dalam taklimat media pasca Sidang Kemuncak ASEAN ke-31 di sini, Anifah berkata, pada sesi dialog ASEAN-Amerika Syarikat sempena Sidang Kemuncak ASEAN itu, Trump memuji Najib atas peranan cemerlang yang dimainkan Malaysia sebagai negara penyelaras hubungan dialog ASEAN-Amerika Syarikat.

Trump turut membuat penegasan di hadapan pemimpin yang hadir mengenai persahabat­annya dengan Najib yang terjalin sebelum beliau menyandang jawatan Presiden Amerika Syarikat, katanya.

“Perdana Menteri Najib adalah kawan baik saya, sahabat baik saya. Kami sudah lama kenal sebelum saya menjadi Presiden ketika saya berada di dalam dunia perniagaan. Dalam kehidupan, anda tidak tahu di mana kesudahann­ya”, kata Trump, yang menurut Anifah diungkapka­n pada awal sesi dialog itu sambil melihat wajah pemimpin ASEAN.

Anifah menyifatka­n kenyataan Trump bahawa Najib kawan baiknya merupakan penghargaa­n kerana Presiden Amerika Syarikat itu adalah orang yang ‘lokek’ dengan perkataan yang memuji pemimpin dan negara.

“Tapi dia (Trump) memilih Malaysia, dia kata Datuk Seri Najib adalah kawan baik saya,” katanya.

“Ini bukan kata-kata yang mudah dikeluarka­n Trump, dari segi bahasa gerak-geri, dia juga ikhlas,” katanya. Anifah yang mengikuti rapat gaya Trump sejak berkempen sebagai Presiden Amerika Syarikat mendapati beliau seorang yang tidak berselindu­ng dan terus terang dalam kata-katanya seperti slogan kempennya

Menteri Luar sifatkan hubungan Presiden AS-Najib istimewa

Menurut Anifah, Trump dengan berpanduka­n slogan berkenaan dalam penyertaan pertamanya pada dialog ASEAN-Amerika Syarikat itu menyatakan komitmen terhadap kepentinga­n ASEAN dan menghargai hubungan dialog ASEAN-Amerika Syarikat serta turut menggalakk­an untuk kerjasama yang saling menguntung­kan kedua belah pihak.

Presiden Trump, menurut Anifah, menyeru kepada amalan perdaganga­n yang bebas dan adil bagi menyelaras­kan jurang imbangan perdaganga­n di antara ASEAN dan Amerika Syarikat.

Anifah berkata, Najib mempunyai kualiti yang menyebabka­n Trump menghargai­nya dan mempercaya­inya.

Anifah berpendapa­t sikap konsisten yang dipamerkan Malaysia dalam pelbagai isu dan pendirian seperti Rohingya dan Laut China Selatan menyebabka­n Trump menghargai Najib sebagai rakan pemimpin yang boleh dipercayai.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia