Harian Metro

Tabur bunga atas pusara

-

hukum menabur bunga ke atas pusara yang menjadi amalan umat Islam ketika menziarahi tanah perkuburan?

MAYA, Cheras

menziarahi kubur sangat dianjurkan bagi melembutka­n hati yang keras tetapi perlu dijaga adabnya. Kemungkina­n asal menabur bunga adalah berdasarka­n tindakan Rasulullah SAW dan tujuannya membantu orang yang berada di dalam kubur.

“Daripada Ibn Abbas katanya, Rasulullah SAW melalui sebuah kebun di Madinah atau Makkah, lalu baginda terdengar suara dua orang yang diseksa di dalam kubur mereka. Rasulullah SAW bersabda; “Mereka berdua itu diseksa. Tidaklah mereka berdua itu diseksa kerana perkara yang besar.”

Kemudian baginda bersabda: “Benar sekali, seorang daripada mereka tidak menjaga kebersihan daripada air kencingnya dan seorang lagi sering mengadu-domba.” Kemudian Rasulullah

SAW meminta supaya dibawakan pelepah tamar, kemudian baginda membelahny­a kepada dua lalu meletakkan­nya pada setiap kubur itu.

Baginda ditanya; “Wahai Rasulullah! Mengapa tuan berbuat demikian? Baginda menjawab: “Semoga ini akan meringanka­n daripada mereka berdua selagi ia tidak kering atau hinggalah ia kering.” (HR Al-Bukhari, Muslim & Abu Daud)

Namun, andai perbuatan menabur bunga itu berniat menyerupai orang bukan Islam dan berlaku pembaziran, ia adalah bidaah, berdosa dan perlu dijauhkan. Jika mewangikan kawasan itu seperti menghilang­kan bau mayat, maka diharuskan sahaja.

Oleh itu, yang terbaik ialah mengikut sunah Rasulullah SAW yang meletakkan pelepah tamar atau sejenisnya di atas kuburan tanpa berlebihan atau melarang langsung perbuatan itu. Wallahuakl­am.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia