Harian Metro

Jeritan abang selamatkan ibu, dua adik daripada rentung PETAKA TAK BALIK RUMAH

- Nurul Hidayah Bahaudin nurul.hidayah@hmetro.com.my

Jeritan seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun menyelamat­kan ibu serta dua adiknya berusia setahun dan tiga tahun daripada menjadi mangsa kebakaran di Kampung Nosoob

Baru, semalam.

Dalam kejadian jam 4.30 petang, kebakaran itu memusnahka­n dua rumah dengan keseluruha­n lebih 20 pintu, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Seorang penghuni rumah berkenaan, Fiona Jomidon, 27, berkata, ketika kejadian, dia sedang menyiang ikan di dapur dan terdengar jeritan anak sulungnya.

“Dia menjerit ‘mami’ beberapa kali lalu menuju ke ruang tamu. Saya terkejut apabila melihat api marak di tingkat atas.

“Saya cuba memadam api itu tetapi kebakaran semakin marak lalu mendukung anak bongsu keluar dari rumah manakala dua lagi anak saya dibawa keluar oleh jiran,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, semalam.

Katanya, tiada apa yang dapat diselamatk­an kerana api marak dengan pantas.

“Ketika itu saya hanya fikirkan keselamata­n anak-anak.

“Suami saya tiada di rumah kerana sedang bekerja sebagai mekanik,” katanya.

Jiran Fiona, Yohonis Konobua, 44, berkata, ketika kejadian, dia baru tiba di rumah dan terkejut apabila jirannya memberitah­u rumah mereka terbakar sebelum dia mengarahka­n ahli keluargany­a keluar menyelamat­kan diri.

Seorang bapa terkejut apabila anak lelakinya yang dilaporkan hilang sejak Rabu lalu ditemui parah akibat kemalangan jalan raya.

Dalam kejadian jam itu 1 petang semalam, mangsa, Nor Aiman Haikal Md Nor, 15, bersama rakannya, Mohd Izzat Mohd Idris terbabit kemalangan di Kilometer 15.7, Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite) dari arah Saujana Putra ke Shah Alam.

Kedua-dua mangsa yang menunggang motosikal dikatakan tercampak sejurus

Bapa terkejut anak dilapor hilang ditemui parah rempuh MPV

merempuh belakang kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Vellfire.

Pelanggara­n itu menyebabka­n mangsa cedera di muka dan badan.

Kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Putrajaya untuk menerima rawatan kecemasan.

Jurucakap polis berkata, mangsa sebelum ini dilaporkan hilang oleh neneknya yang membuat aduan di Balai Polis Hulu Kelang.

“Nor Aiman dikatakan keluar dari rumahnya di Jalan AU2 dengan memberikan alasan mahu keluar mandi di sungai berhampira­n.

“Bagaimanap­un mangsa dilaporkan tidak pulang ke rumah selepas keluar rumah menyebabka­n neneknya membuat laporan polis,” katanya.

 ??  ?? NOR Aiman dan Mohd Izzat
cedera selepas motosikal dinaiki melanggar belakang MPV di Kilometer 15.7
Lebuhraya Elite.
NOR Aiman dan Mohd Izzat cedera selepas motosikal dinaiki melanggar belakang MPV di Kilometer 15.7 Lebuhraya Elite.
 ??  ?? KEADAAN motosikal mangsa dan MPV yang dirempuh.
KEADAAN motosikal mangsa dan MPV yang dirempuh.
 ??  ?? ANGGOTA bomba bertungkus-lumus memadam kebakaran.
ANGGOTA bomba bertungkus-lumus memadam kebakaran.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia