Harian Metro

Ranking menyusut Tuah Sime Darby FC tewaskan UKM FC

- Mohd Amin Jalil bhsukan@bh.com.my

 Kedudukan skuad Harimau Malaya merosot ke tangga 170 berikutan prestasi hambar dalam lima perlawanan terakhir

Seremban: Ahmad Yusof mengaku pasukannya - Sime Darby FC bernasib baik selepas berjaya memanfaatk­an satu peluang untuk menewaskan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) FC, 1-0 dalam perlawanan akhir pertama Piala FAM 2017, di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, kelmarin.

Katanya, UKM FC bukan saja lebih banyak mendominas­i perlawanan, malah berjaya mencipta beberapa siri peluang jaringan namun gagal menyempurn­akannya.

“Hakikatnya, memang UKM FC lebih banyak menguasai permainan kerana persembaha­n kami tak berapa menjadi.”

“Namun kami bernasib baik dengan satu peluang terbaik itu, pemain berjaya menjaringk­an gol dan lebih melegakan, mereka (lawan) gagal menjaringk­an gol menerusi penalti.”

“Walaupun kita mempunyai kelebihan jaringan, namun masih ada berbaki 90 minit perlawanan yang akan menjadi penentu dan pemain Sime Darby FC tidak boleh cepat berasa selesa.”

“Meskipun selepas ini kita akan beraksi di gelanggang sendiri (Stadium MBPJ), itu bukan suatu laluan mudah untuk kita menjulang kejuaraan Piala FAM musim ini,” katanya selepas perlawanan.

Mohd Zul Fahmi Awang muncul wira Sime Darby FC apabila menjaringk­an gol tunggal perlawanan pada minit ke-53.

Sementara itu, pengendali UKM FC, Sulaiman Hussin mengaku kesilapan mudah dilakukan pemainnya menyebabka­n impian mereka untuk mencipta kejutan ke atas skuad Giant Killer itu tidak kesampaian.

Katanya, walaupun berjaya menguasai sebahagian besar perlawanan dan mencipta banyak peluang jaringan, tetapi anak buahnya gagal menemui sentuhan penyudah.

“Kami sepatutnya dapat mengikat pasukan lawan menerusi penalti tetapi sepakan diambil Mohd Rafizi (Mohd Hamdan) tidak berhasil. Pemain sepatutnya lebih tenang, fokus dan tidak melakukan kesilapan mudah terutama di depan gawang,” katanya yang yakin pemainnya mampu bangkit pada perlawanan akhir kedua nanti.

“Masih ada baki 90 minit perlawanan dan walaupun akan beraksi di tempat lawan, tetapi saya yakin peluang kami untuk melakar kejayaan merangkul kejuaraan ini belum tertutup. Kami akan gunakan tempoh seminggu ini dengan sebaik mungkin untuk memperkema­skan lagi pasukan serta memastikan sebarang kelemahan dapat diperbaiki,” katanya.

 ??  ?? SKUAD Harimau Malaya ketika sesi latihan di Wisma FAM Kelana Jaya.
SKUAD Harimau Malaya ketika sesi latihan di Wisma FAM Kelana Jaya.
 ?? IQMAL HAQIM ROSMAN ?? PEMAIN Sime Darby FC (kiri) diasak pemain UKM FC, kelmarin.
IQMAL HAQIM ROSMAN PEMAIN Sime Darby FC (kiri) diasak pemain UKM FC, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia