Harian Metro

Hanya pemain benar-benar sedia layak sertai kejohanan antarabang­sa

- Helmi Talkah helmi.talkah@bh.com.my

Kuala Lumpur: Ketua jurulatih perseorang­an lelaki negara, Datuk Misbun Sidek

menegaskan hanya pemain yang benar-benar bersedia akan dihantar menyertai kejohanan antarabang­sa.

Beliau berkata, keputusan itu bagi memastikan pemain mempamerka­n aksi terbaik mereka setiap kali dihantar

(gambar)

menyertai kejohanan.

“Tidak guna kita hantar pemain kalau kita rasakan mahu menang pusingan pertama atau kedua pun susah. Jadi, lebih baik dalam tempoh sebulan dua ini mereka terus menjalani latihan untuk perbaiki apa yang sepatutnya.

“Bila mereka benar-benar sudah bersedia baru kita hantar mereka sertai kejohanan. Bila sudah hantar nanti, saya harap mereka boleh tunjukkan kemampuan sebenar,” kata Misbun.

Kecuali Datuk Lee Chong Wei, barisan pemain perseorang­an lelaki negara yang lain masih gagal mencetuska­n impak positif di pentas antarabang­sa.

Misbun ketika ini melatih lapan pemain elit negara iaitu Chong Wei, Iskandar Zulkarnain Zainuddin, Soong Joo Ven, Lim Chi Wing, Lee Zii Jia, Chong Yee Han, Soo Teck Zhi dan Tan Jia Wei.

Beliau dibantu jurulatih perseorang­an lelaki, Indra Wijaya. Dua lagi jurulatih, Hendrawan dan Sairul Amar Ayob melatih pemain Leong Jun Hao, Sim Fong Hau, Cheam June Wei dan Tan Choong Yen.

Misbun yang kembali ke pangkuan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Julai lalu bagaimanap­un, berkata beliau sudah mempunyai perancanga­n mengenai program latihan dan penyertaan ke kejohanan untuk semua pemain di bawah kendaliann­ya.

“Saya akan buat perancanga­n berdasarka­n kemampuan pemain untuk program latihan mereka. Perancanga­n juga berdasarka­n kedudukan ranking dunia mereka sebelum dihantar menyertai kejohanan.

“Buat masa sekarang biar mereka menjalani latihan dulu untuk perbaiki prestasi. Mereka tidak perlu bimbang kerana apabila saya merasakan mereka sudah bersedia, mereka tetap akan dihantar menyertai kejohanan,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia