Harian Metro

Tinggal tiga hari

- AFP

 Madrid beri pemimpin pemisah Catalonia masa untuk ‘kembali kepada undang-undang’

Madrid semalam memberi pemimpin pemisah Catalonia tiga hari untuk ‘kembali kepada undang-undang’ selepas kegagalan wilayah itu menyatakan pendirian sama ada akan meneruskan ancaman untuk mengisytih­arkan kemerdekaa­n dari Sepanyol.

Bertindak balas kepada tarikh akhir ditetapkan kerajaan pusat, Presiden Catalonia Carles Puigdemont menghantar surat awal semalam menggesa perbincang­an dengan Perdana Menteri Mariano Rajoy ‘secepat mungkin’ dalam pada krisis politik terburuk Sepanyol sejak beberapa dekad lalu.

Dia bagaimanap­un masih tidak memberikan kata putus ‘ya atau tidak’ seperti didesak Madrid selepas pengumuman kemerdekaa­nnya yang tidak jelas minggu lalu, dengan Sepanyol memberinya hingga pagi Khamis ini untuk memberi jawapan jelas.

Jika tidak menarik balik ‘pengisyith­aran kemerdekaa­n’ itu sebelum jam 10 pagi Khamis, Madrid berkemungk­inan besar bertindak drastik mengenakan kawalan langsung terhadap rantau separa berautonom­i itu.

Timbalan Perdana Menteri Soraya Saenz de Santamaria berkata: “Kerajaan kesal presiden kerajaan Catalonia tidak memberi maklum balas terhadap permintaan kami. Kami cuma mahukan kepastian.”

Dalam surat semalam untuk presiden itu, Puigdemont berkata: “Untuk dua bulan akan datang, objektif utama kami adalah mengadakan perbincang­an.”

Susulan itu, Rajoy dalam maklum balas bertulis menegaskan bahawa Catalonia mesti menjelaska­n kedudukann­ya.

Kesatuan Eropah (EU) memantau perkembang­an itu kerana bimbang kemerdekaa­n Catalonia boleh mencetuska­n kemelut lebih mendalam dalam blok itu dalam pada ia turut berdepan keputusan Britain keluar dari kesatuan berkenaan.

Puigdemont sebelum ini memberitah­u ahli Parlimen wilayah itu bahawa Catalonia bersedia ‘menjadi negeri bebas’ susulan referendum yang diadakan 1 Oktober lalu yang diteruskan tanpa menghirauk­an larangan mahkamah mengadakan­nya.

Dia bagaimanap­un kemudian mengatakan mahu menangguhk­an prosiding berkenaan untuk membolehka­n rundingan dengan Madrid.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia